Siakap Keli
Guna Bahan-Bahan 
Kredit: PJJ Roti & Kek Percuma via Facebook

Cara Nak Buat “Garlic Sauce”, Mudah Guna Bahan Ada Di Dapur Je

Cara Nak Buat ‘Garlic Sauce’, Mudah Guna Bahan Ada Di Dapur Je

Bagi penggemar makanan Arab, anda sudah tentu tidak asing lagi dengan sejenis sos berwarna putih ini, kan?  Dikenali sebagai garlic sauce atau sos bawang putih, ia merupakan bahan pelengkap untuk menaikkan lagi rasa dalam hidangan.

Sekali pandang, sos bawang putih tak ubah seperti mayonis yang sering digunakan sebagai pencecah dalam kebanyakan makanan jalanan.

Bukan sahaja sesuai dipadankan dengan makanan asal Timur Tengah seperti shawarma, sos bawang putih juga enak dicicah bersama ayam goreng, daging bakar dan lain-lain. Justeru, kali ini SK nak kongsikan resipi sos bawang putih yang mudah.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Afifah Hairi. Semoga bermanfaat.

Bahan-bahan yang perlu disediakan nak buat garlic sauce

Sebenarnya sos bawang putih boleh dibuat sendiri di rumah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.

Resepi ini hanya memerlukan 4 ulas bawang putih, sebiji telur, 2 sudu besar cuka, 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam dan 1 cawan minyak jagung.

Pertama sekali, masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar, kecuali tepung jagung yang perlu dimasukkan sedikit demi sedikit.

Kemudian, kisar semua bahan tersebut sehingga mendapat tekstur seperti mayonis. Semasa mengisar, tambah sedikit demi sedikit tepung jagung.

Gandakan bahan-bahan untuk membuat kuantiti yang banyak

Menurut hantaran di Facebook, sekiranya anda ingin membuat sos bawang putih dalam kuantiti yang banyak, anda cuma perlu gandakan sahaja bahan-bahan tersebut mengikut nisbah yang ditetapkan.

Sos bawang putih yang dihasilkan boleh disimpan di dalam peti sejuk dan bertahan selama kira-kira tiga bulan.

Sos bawang putih jauh lebih sedap berbanding mayonis

Untuk pengetahuan anda, sos bawang putih atau nama dari tempat asal usulnya, Toum adalah bahan lazim dalam masakan dari Timur Tengah seperti shawarma, falafel dan lain-lain.

Menurut hantaran itu lagi, rasa sos bawang putih jauh lebih sedap berbanding mayonis. Lagi-lagi buat mereka yang memang gemar dengan aroma bawang putih.

Sumber: Afiqah Hairi

Athirah

When nothing goes right, go left.