Siakap Keli
festival fgv

Pergi Festival FGV, Bawa Pulang Kereta EV?

Meriahkan Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA , 12-14 Julai 2024 ini!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, satu agenda besar akan berlaku melibatkan kira-kira 200,000 peneroka dan orang awam, acara ini dijangka bakal disambut meriah dengan pelbagai manfaat.

Buat pertama kalinya, Festival FGV bersempena Hari Peneroka Felda 2024 pada tahun ini disambut selama tiga hari dan turut menampilkan pelbagai kelainan pada sambutan kali ini dengan bermacam-macam aktiviti menarik serta cabutan bertuah.

Sambutan ini juga merupakan satu inisiatif strategik yang menyokong pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih inklusif dan lestari untuk komuniti FELDA dan negara Malaysia secara keseluruhannya.

Sambutan ini menyebarkan kesedaran tentang sumbangan peneroka kepada ekonomi negara selain memperkukuhkan rasa bangga termasuk komitmen mereka terhadap pembangunan FELDA.

Tidak dinafikan acara ini menjadi platform untuk peneroka menampilkan produk dan perkhidmatan mereka sekali gus membuka peluang perniagaan baru dan memperluaskan pasaran.

Boleh dikatakan Festival FGV diadakan di luar kebiasaan kerana ia juga menjadi tempat untuk mempamerkan produk rangkaian makanan, barangan pertanian serta perkhidmatan FGV dengan menghimpunkan ke semua anak syarikat.

Tahun ini, FGV Holdings Berhad (FGV) buat pertama kalinya, secara besar-besaran, menyertai Hari Peneroka FELDA 2024 yang berlangsung dari 12 Julai hingga 14 Julai ini, bertempat di MAEPS Serdang.

Pelbagai aktiviti menarik menanti orang ramai antaranya jualan pakej-pakej produk keluaran FGV daripada SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57, BRIGHT COW, barang pertanian, Pakej Umrah dan pertandingan masakan Perajurit Dapur serta bermacam-macam lagi.

Bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut, orang ramai akan dihidangkan dengan pelbagai pameran, mini market Kedai FGV. Tidak hanya itu, Hari Peneroka FELDA juga menawarkan Pakej Umrah Rahmah di mana orang ramai boleh membuat tempahan dengan deposit serendah RM100.

Lebih menarik, diskaun sehingga RM500 juga ditawarkan bagi promosi pakej Umrah Rahmah, beserta Sejadah Raudhah secara percuma.

Tidak ketinggalan, festival ini akan mengadakan demo masakan menggunakan sampel barangan daripada FGV sendiri serta jualan barangan pertanian seperti anak pokok, baja dan sebagainya.

Sudah tentunya karnival ini membuatkan orang ramai tidak sabar kerana tarikan dan aktiviti yang disediakan mampu menarik lebih ramai pengunjung.

Karnival tidak akan menjadi meriah sekiranya tiada cabutan bertuah. Beli barangan FGV serendah RM100, orang ramai berpeluang menangi hadiah seperti kereta dan skuter EV, pakej percutian atau umrah, barangan kelengkapan dapur, dan macam-macam lagi cabutan bertuah menanti.

Hadiah utama juga menanti orang ramai! Beli barangan FGV minimum RM50, menangi hadiah sampingan menerusi peraduan beli dan menang, antaranya pembakar roti, periuk dan lain-lain. Masuk adalah percuma!

Banyak aktiviti untuk semua peringkat umur dan pelbagai hadiah menarik menanti anda seisi keluarga!

Mari beramai-ramai sertai kami di Festival FGV di Hari Peneroka FELDA 2024 pada 12 hingga 14 Julai 2024 bermula 10 pagi hingga 10 malam bertempat di MAEPS Serdang!

Jumpa anda di sana!

Nurhanis

noktah