Siakap Keli
suku akhir euro 2024
Gambar: AFP

Jerman vs Sepanyol & Perancis vs Portugal, Suku Akhir Euro 2024 Paling Dinanti-nantikan

Jerman vs Sepanyol & Perancis vs Portugal, Suku Akhir Euro 2024 Paling Dinanti-nantikan

Ketegangan saingan Euro 2024 yang sedang berlangsung di Jerman kian memuncak menjelang pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Apa tidaknya, para peminat di serata dunia yang tekun mengikuti kejohanan berkenaan bakal disajikan dengan pertemuan empat calon juara di pusingan tersebut.

Tuan rumah akan menyahut cabaran Sepanyol pada pukul 12 malam manakala Portugal pula akan berdepan dengan antara calon pilihan utama untuk muncul juara, Perancis pada pukul 3 pagi.

Kedua-dua aksi tersebut berlangsung pada Sabtu dan sepak mula yang dinyatakan adalah mengikut waktu Malaysia.

Rekod peringkat kumpulan dan Pusingan 16 keempat-empat pasukan

Berada dalam kumpulan A bersama Switzerland, Hungary dan Scotland, Jerman tiada masalah untuk mara ke Pusingan 16 selaku juara kumpulan.

Pasukan yang dibimbing oleh Julian Nagelsman itu mencatatkan dua kemenangan dan satu seri untuk mengumpul tujuh mata.

Mereka turut menjaringkan lapan gol dan hanya bolos dua kali. Di Pusingan 16 pula, Jerman mudah menundukkan Denmark dengan jaringan 2-0.

Manakala lawan Jerman nanti, Sepanyol menjadi antara pasukan yang menampilkan prestasi terbaik di peringkat kumpulan untuk saingan kali ini.

Sepanyol mencatatkan tiga kemenangan bersih dalam Kumpulan B, menjaringkan lima gol dan langsung tidak bolos.

Prestasi itu cukup mengagumkan kerana Kumpulan B diketahui merupakan kumpulan maut yang dihuni bekas Finalis Piala Dunia 2018, Crotia dan juara bertahan kejohanan, Itali.

Di Pusingan 16 pula, Sepanyol mudah menundukkan Goergia dengan kemenangan 4-1.

Beralih ke satu lagi Suku Akhir, Perancis dilihat sedikit bergelut dalam saingan peringkat Kumpulan D dengan ayam tambatan mereka, Kylian Mbappe masih belum menjaringkan gol setakat ini.

Les Bleus juga gagal menepati ramalan untuk mara sebagai juara kumpulan berkenaan selepas sekadar mencatatkan satu kemenangan dan dua seri.

Malah, Perancis menjadi pasukan dengan jumlah jaringan gol paling sedikit (3 gol dengan satu gol sendiri lawan) dalam kalangan pasukan yang tinggal setakat ini.

Begitu juga dengan lawan mereka, Portugal yang tampak bergelut mencari keserasian di atas padang dengan legenda hidup, Cristiano Ronaldo.

Namun, Portugal dapat menarik nafas lega kerana masih boleh bergantung dengan jentera serangan lain yang ada.

Pasukan yang dibimbing oleh bekas pengendali Belgium itu mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan dalam Kumpulan D.

Mereka turut menjaringkan lima gol dan hanya bolos dua kali. Di peringkat Pusingan 16 pula, Portugal bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke penentuan sepakan penalti sebelum mengesahkan kemaraan peringkat seterusnya.

Suku akhir Euro 2024 yang dinanti-nantikan, siapa yang akan mara ke pusingan seterusnya?

Jadi, berdasarkan rekod dan prestasi empat perlawanan yang dihadapi setiap pasukan setakat ini, siapakah yang bakal melangkah ke pusingan Separuh Akhir nanti?

Sama-sama kita nantikan Sabtu ini. Jangkaan SK? Sepanyol & Perancis.

BACA: Matahari Tegak Atas Kaabah 15 Julai Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Sumber: Google Result

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.