Siakap Keli
bumi titik jauh matahari aphelion
Gambar: AFP

Bumi Berada Pada Titik Paling Jauh Dari Matahari Pada 5 Julai, Pukul 1.06 Tengah Hari

Bumi Berada Pada Titik Paling Jauh Dari Matahari Pada 5 Julai, Pukul 1.06 Tengah Hari

Bumi dilapor akan berada pada titik paling jauh dari Matahari pada tahun ini, atau disebut sebagai aphelion pada pukul 1.06 tengah hari nanti.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA melalui satu hantaran di Facebooknya semalam.

Selain aphelion, setiap tahun Bumi juga akan berada pada titik terdekat dengan Matahari yang disebut sebagai perihelion.

Bumi berada pada titik paling jauh dari Matahari sebentar lagi

Menurut BERNAMA, situasi tersebut boleh berlaku kerana Bumi mengelilingi Matahari dalam orbit yang berbentuk bentuk elips. Ini menjadikan kedudukan antara Bumi dengan Matahari sentiasa berubah-berubah.

Maka, sekali setiap tahun Bumi akan melalui fasa perihelion dan juga aphelion.

Fasa perihelion berlaku pada 3 Januari lepas dimana Bumi ketika itu berada pada jarak kira-kira 147,100,632 kilometer dari Matahari.

Manakala fasa aphelion yang bakal berlaku sebentar lagi akan menyaksikan jarak Bumi dengan Matahari terletak kira-kira 152,099,968 kilometer.

https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/pfbid02yGN7RcH68ydNNDio9jSvP1aL5hWowmG8nmvn6MukYFHPkP9dTeyWNgLeVGoxsy6yl

BACA: Hati-hati Pinjamkan Telefon Dekat Orang Tak Kenal, Takut Dicucuk Kabel O.MG

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.