Siakap Keli
jurutera kilang rakam video
Kredit: BERNAMA

Jurutera Kilang Ditahan Rakam Video Dalam Tandas Wanita

Jurutera Kilang Ditahan Rakam Video Dalam Tandas Wanita

BALIK PULAU, 5 Julai (Bernama) — Polis menahan seorang jurutera kilang kerana disyaki merakam gambar dan video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir, Bayan Baru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam selepas kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang bertugas di situ.

Beliau berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki terbabit telah beberapa kali masuk ke dalam tandas wanita berkenaan termasuk pada 26 Jun dan Rabu lepas.

BACA: Polis Sahkan Rangka Milik Hafiz

“Pemeriksaan dalam telefon bimbitnya menemukan gambar dan video dalam tandas itu serta gambar dan video lucah lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, lelaki terbabit mendakwa dia melakukan perbuatan itu bagi tontonan sendiri.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari hingga 8 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kontinjen Malaysia Bakal Bergaya Dengan Rekaan Rizman Ruzaini Di Olimpik Paris

BACA: Dua Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.