Siakap Keli
polis sahkan rangka hafiz
Kredit: Sinar Harian

Polis Sahkan Rangka Milik Hafiz

Polis Sahkan Rangka Milik ‘Hafiz’

BATU PAHAT, 4 Julai (Bernama) — Polis hari ini mengesahkan rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata pengesahan rangka terbabit milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, berdasarkan keputusan analisa pemprofilan Asid Deoksiribonukleik (DNA), oleh Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor, hari ini.

Beliau berkata melalui profil DNA diperolehi daripada spesimen darah yang diambil untuk tujuan perbandingan mendapati kebarangkalian keibubapaan dengan rangka manusia yang ditemukan ialah 99.99 peratus.

BACA: Tak Sempat Beli Ubat Untuk Anak, Wanita Maut Ditelan Ular Sawa

“Identiti rangka manusia tersebut ialah Hafiz Fauzan Abdul Halid, lelaki Melayu, berumur 16 tahun, pelajar tingkatan lima dan beralamat di Bandar Putera Indah Batu Pahat Johor, merupakan mangsa orang hilang yang dilaporkan sejak 26 Mei,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, bapanya Abd Halid Sugiman, 44, ketika dihubungi menyatakan rasa bersyukur setelah menerima pengesahan keputusan DNA tersebut, selepas hampir sebulan mencari anak ketiganya itu.

“Jenazah akan dituntut pada pagi esok (5 Jul) dan akan dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Isteri Tergerak Hati Nak Hubungi, Suami Rupanya Maut Dalam Kemalangan

BACA: Gelagat Ibu Gajah Curi Tumpuan, Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang Diselamatkan PERHILITAN

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.