Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
pocong ditangkap kena ceramah
Kredit: Fokus Indosiar/Polsek Patuk

‘Pocong’ Ditangkap, Kena Ceramah Dengan Polis

Azizah Najib

‘Pocong’ Ditangkap, Kena Ceramah Dengan Polis

Indonesia — Sebuah video tular di media sosial yang menyaksikan susuk ‘pocong’ menumpang kenderaan pacuan empat roda melintasi pintu sempadan ke Gunungkidul di Yogyakarta.

Rakaman kamera litar tertutup itu menunjukkan kelibat susuk tubuh berdiri di belakang sebuah kenderaan dengan diselubungi kain putih yang diikat kemas pada 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, ‘pocong’ tersebut yang bekerja sebagai tukang pembuka khemah dan penyewaan sistem bunyi telah ditangkap oleh pihak polis.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh polis, lelaki itu mengakui melakukan perbuatan tersebut sekadar untuk hiburan setelah penat bekerja.

BACA: Tiap Malam Penduduk Dengar Suara Ketawa, Misteri Akhirnya Terjawab

Ketua Perhubungan Awam Polsek Patuk, AIPTU Purwanto berkata, pihak polis bertindak membuat penyiasatan sejurus penularan video pocong tersebut bagi meredakan keresahan masyarakat setempat.

Menurutnya lagi, pelaku mengakui berasa sejuk ketika dalam perjalanan pulang dan menjadikan kain khemah kelihatan seperti pocong.

pocong kena ceramah
Kredit: Instagram Polsek Patuk

“Pelaku sudah meminta maaf atas kandungan video tersebut dan tidak akan mengulangi(nya) lagi,” lapor pihak polis di akaun Instagram tersebut.

Pihak polis sektor Patuk turut menyampaikan pesanan kepada masyarakat agar bijak dalam membuat kandungan supaya tidak menimbulkan keresahan.

Menerusi video tersebut, anggota polis juga dilihat memberi ‘ceramah’ dengan menasihati pelaku agar mementingkan keselamatan dengan memakai topi keledar keselamatan jika duduk di bahagian luar kenderaan seperti yang dilakukan pelaku.

Sumber: Kompas.com, Instagram Kepolisian Sektor Patuk

BACA: Dipercayai Tumpahkan Air, Budak 3 Tahun Maut Dipukul Ibu Bapa

BACA: Tak Sempat Beli Ubat Untuk Anak, Wanita Maut Ditelan Ular Sawa