Dakwa Sudah 7 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Paulo Josue Akhirnya ‘Buka Mulut’
Ketika semua pasukan menarik nafas lega setelah berjaya melepasi pelbagai halangan untuk bersiap sedia menghadapi musim Liga Super 2024/25, siapa sangka terdapat berita malang mengenai pemain yang tidak dibayar gaji berkumandang.
Terbaru, pemain KL City, Paulo Josue, didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut sehingga kini.
Pemain dari Brazil itu mendakwa bahawa dia juga sudah tidak mengingati tarikh terakhir dia dibayar gaji oleh KL City kerana terlalu lama bermain tanpa bayaran.
Tambah Paulo, beliau kini terpaksa menggunakan wang simpanan peribadinya untuk menampung kehidupannya sehari-hari demi kelangsungan hidup.
“Beberapa pemain KL City mengalami tunggakan gaji sejak Mac lalu, tetapi situasi mereka tidak seteruk saya kerana kali terakhir saya dibayar adalah pada Disember tahun lalu,” katanya kepada media.
Mengulas lanjut, Paulo berkata, beliau juga pernah berbincang dengan pengurusan KL City untuk mencari jalan penyelesaian terbaik, namun hanya diberikan janji kosong.
“Itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayar. Ramai yang bertanya mengapa saya masih bersama KL City selepas tujuh bulan tidak dibayar? Saya kekal kerana saya sayangkan pasukan,” jelasnya lagi.
Astro Arena telah cuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, dan satu pertemuan akan diadakan esok.
BACA: Isu Buli Siber Dibentang Dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat Depan
BACA: Pelancaran Semula Restoran Jepun Fu-Rin Di Glenmarie
BACA: Cipta Aplikasi ‘Tracklist’, Pelajar 16 Tahun Menang Pertandingan SSC 2024 Anjuran Apple
Sumber: Stadium Astro