Siakap Keli
Aisyah Zubir kemalangan di Belgium
Sumber: Stadium Astro

Paris 2024: Aisyah Zubir Terlibat Kemalangan Di Belgium, Kini Dalam Keadaan Baik & Sedia Beraksi

Paris 2024: Aisyah Zubir Terlibat Kemalangan Di Belgium, Kini Dalam Keadaan Baik & Sedia Beraksi

Impian Nur Aisyah Zubir menjadi pelumba wanita pertama negara beraksi dalam acara berbasikal lebuh raya di Sukan Olimpik Paris 2024 hampir musnah apabila dia terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Belgium.

Walaupun begitu, Aisyah masih optimis mampu mempamerkan kayuhan terbaiknya selepas layak beraksi di Paris secara merit, menjadikan Malaysia negara kedua terbaik di Asia dalam kalangan negara yang belum layak.

Dalam wawancara dengan Nadi Arena, Aisyah mendedahkan bahawa kemalangan tersebut berlaku pada 12 Jun, namun dia merahsiakannya daripada pengetahuan umum supaya tidak mengganggu fokusnya.

Dia juga yakin akan pulih sepenuhnya sebelum pertandingan bermula pada 4 Ogos ini.

“Kemalangan itu berlaku ketika saya sedang berlatih. Sewaktu saya sedang berkayuh, kereta yang sedang parkir di tepi jalan membuka pintu secara tiba-tiba.

“Sewaktu itu saya memang sudah terlalu dekat dan tak sempat untuk brek.

“Alhamdulilah, keadaan saya kini baik cuma sebelum ini, saya mengalami kesakitan di seluruh badan kesan daripada jatuhan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Aisyah juga menyatakan bahawa dia telah menjalani rawatan dengan Institut Sukan Negara (ISN) selama dua minggu dan keadaannya kini bertambah baik.

“Kini berbaki tiga minggu lagi menuju ke Sukan Olimpik, semuanya berjalan dengan baik dan saya akan menyertai satu perlumbaan setiap minggu,” katanya.

BACA: Dakwa Sudah 7 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Paulo Josue Akhirnya ‘Buka Mulut’

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.