JDT Racing Team Terima Tiket ‘Wild Card’ Ke Perlumbaan WSBK Portugal
Pasukan JDT Racing Team telah mencipta sejarah baru dalam dunia permotoran Malaysia dengan menerima tiket ‘wild card’ untuk menyertai Kejohanan Superbike World Championship (WSBK), menurut Johor Southern Tigers melalui satu hantaran Facebook.
https://www.facebook.com/100044579552835/posts/1049762053186437/?rdid=0YuNSVQXCQelIbyh
Perlumbaan ini dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos 2024 di Litar Portimao, Portugal, dan merupakan satu lagi pencapaian gemilang dalam arena sukan permotoran negara.
Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, akan mewakili JDT Racing Team dalam perlumbaan ini.
Hafizh akan menunggang jentera Ducati Panigale V4R yang mempunyai spesifikasi sama dengan jentera milik juara dunia, Alvaro Bautista.
Selain itu, JDT Racing Team juga akan mendapat sokongan penuh dari pasukan teknikal Ducati Factory.
Difahamkan, jentera Ducati Panigale V4R yang akan digunakan oleh Hafizh akan dihiasi dengan ‘liveries’ JDT.
Penyertaan dalam WSBK ini merupakan satu pencapaian besar bagi JDT Racing Team dan sukan permotoran Malaysia.
Bagi peminat sukan permotoran di Malaysia, penyertaan JDT Racing Team dalam WSBK ini sangat dinanti-nantikan.
Kita akan dapat menyaksikan wakil negara bersaing dengan pelumba-pelumba handalan dari seluruh dunia.
Hafizh, yang terkenal dalam dunia perlumbaan motor, akan menggunakan peluang ini untuk mempamerkan kemahirannya di pentas antarabangsa.
BACA: Lawatan Rasmi Menteri Pertahanan Malaysia Ke Negara Brunei Darussalam
Sumber: JOHOR Southern Tigers via Facebook