Siakap Keli
turn-table patah lori balak terbalik
Sumber: Sinar Harian

‘Turn-Table’ Patah Punca Lori Balak Terbalik Hempap Wanita Di Lampu Isyarat

‘Turn-Table’ Patah Punca Lori Balak Terbalik Hempap Wanita Di Lampu Isyarat

‘Turn-table’ patah punca sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik dan melanggar motosikal yang ditunggangi seorang wanita dalam kejadian di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, menyatakan bahawa balak yang dibawa oleh lori itu turut melanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang sedang berhenti di persimpangan tersebut semasa lampu isyarat merah.

“Ini adalah maklumat siasatan awal yang diperoleh. Bagaimanapun pemandu treler dan kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sementara penunggang motosikal cedera dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian berlaku ketika lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 58 tahun bergerak dari arah bandar utama menuju ke Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

Kata beliau, semasa membelok di lokasi kejadian, ‘turn-table’ lori tersebut patah, menyebabkan ekor lori tersebut terbalik.

Akibat kejadian itu, balak-balak tersebut jatuh dan melanggar motosikal yang ditunggangi wanita berkenaan serta sebuah kereta Toyota Vios di laluan bertentangan.

Tambah beliau, kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat.

“Pada masa sama, kita masih menjalankan siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 09-9121222 atau ke balai polis berhampiran,” katanya.

BACA: Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak Ketika Menunggu Lampu Isyarat

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.