Siakap Keli
rider pulangkan tips rm500
Sumber: Astro Gempak

“Aku Syak Aunty Ni Dah Tak Sihat,” – Tindakan Rider Pulangkan Tips RM500 Dipuji Ramai

“Aku Syak Aunty Ni Dah Tak Sihat,” – Tindakan Rider Pulangkan Tips RM500 Dipuji Ramai

Bekerja dalam bidang perkhidmatan penghantaran barangan atau lebih dikenali sebagai ‘p-hailing’ bukanlah tugas yang mudah.

Selain perlu menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu, kadang panas terik dan kadang hujan lebat, para pekerja p-hailing (rider) juga sering berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

Kadang-kala, mendapatkan ‘tips’ walau sedikit daripada pelanggan boleh menjadi kegembiraan yang menghapuskan rasa lelah.

Namun, kisah seorang rider ini berbeza apabila dia berkongsi pengalaman menerima wang sebanyak RM500 daripada seorang pelanggan.

“Korang pernah dapat tips paling banyak berapa? Aku RM500, ceritanya aku hantar satu pesanan ni, yang order anak dia.

“Lepas bagi makanan, aunty tu hulur tips, aku ingat RM2, RM3, sekali RM500. Aku tanya dia duit ni untuk apa, dia kata untuk makanan,” kongsi rider tersebut dalam satu hantaran di Facebook.

Walaupun begitu, rider tersebut pulangkan semula ‘tips RM500’ yang diterimanya kerana beranggapan bahawa wanita berkenaan mungkin mengalami masalah kesihatan.

“Aku cakap makanan dah bayar, lepas tu dia buat tak layan dan terus masuk rumah. Jadi aku syak aunty ni dah tak sihat. Dah ingat-ingat lupa,” katanya lagi.

Rider itu kemudiannya menghantar beberapa keping gambar kepada anak wanita tersebut dan memberitahu bahawa dia telah memulangkan wang yang diberikan kepadanya ke dalam peti surat.

Sumber: Astro Gempak
Sumber: Astro Gempak

Dalam pada itu, perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai apabila tindakan murni rider tersebut dipuji oleh warga maya.

Sumber: Astro Gempak

Semoga kita semua dapat terus bersikap jujur dalam menjalankan amanah dan mencari rezeki walaupun dalam keadaan hidup yang mencabar.

Selamat berjuang.

BACA: Pernah Jual Dari Balkoni Tingkat 3, Peniaga Martabak Singapore Bawa Kelainan

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: