Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
resepi sardin homemade
Kredit: Eniza M. Salim via Facebook

Sardin Sekarang Harga Kayangan, Ini Resepi Sardin “Homemade” Mudah & Sedap

Hannah

Sardin Sekarang Harga Kayangan, Ini Resepi Sardin “Homemade” Mudah & Sedap

Dulu, waktu dompet ‘kering’, sardin dalam tin selalu menjadi pilihan sebagai hidangan harian.

Tapi sekarang, sardin bukan lagi makanan biasa-biasa untuk ‘marhaen’ seperti kita.

Dengar cerita, harga sardin sekarang makin menjadi-jadi, nampaknya kena buat sardin sendirilah jawabnya.

Mudah dan sedap, ini resepi sardin “homemade” yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim menerusi kumpulan Facebook MENU@KAMPUNG.

Kredit: Eniza M. Salim via Facebook

Bahan-bahan sardin “homemade”

Sebelum memasak, pastinya kita perlu menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu.

Untuk resepi sardin “homemade” ini, beberapa bahan asas diperlukan.

Jangan bimbang, semua bahan-bahan ini mudah didapati di pasar raya terdekat atau mungkin sudah tersedia di rumah anda.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 kg ikan sardin

  • 4 biji bawang besar

  • 4 ulas bawang merah kecil

  • 4 ulas bawang putih

  • 1 setengah inci halia (tidak perlu banyak)

  • 3 sudu besar cili kering kisar

  • 1 biji tomato (dipotong dadu)

  • 5 biji cili (dipotong dua)

  • 4 sudu besar sos cili

  • Sedikit sos tomato

  • 1 setengah tin tomato puree

  • Garam secukup rasa

  • 2 sudu besar gula

  • 1 sudu besar sos tiram

  • 2 cawan air (ikut kepekatan)

  • 2 biji limau nipis (untuk perapan)

Cara-cara penyediaan sardin “homemade”

Selepas semua bahan sudah disiapkan, kita mestilah perap ikan sardin terlebih dahulu untuk menghilangkan bau hanyir ikan itu.

Caranya mudah saja. Ikan dipotong ekor dan kepala, kemudian dibersihkan.

Selepas itu, perap selama 10 minit dengan satu setengah sudu garam dan dua biji limau nipis atau kasturi.

Selepas perap, basuh semula dan toskan air. Ketepikan.

Bila ikan sardin sudah diperap, barulah boleh mula menyediakan sardin “homemade” kita dengan menggunakan pressure cooker.

Pertama, kisar semua bawang dan halia bersama sepotong dua tomato. Tumis hingga wangi dalam minyak yang agak banyak, lebih kurang suku cawan.

Setelah garing dan wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga benar-benar garing dan pecah minyak.

Kemudian, masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan-bahan lain kecuali air, dan kacau hingga sebati.

Periksa rasa masin, manis, dan masamnya. Jika sudah ok, tambah 2 cawan air. Kacau sebati dan masukkan ikan.

Seterusnya, tutup pressure cooker dan setkan masa dalam 80 minit sehingga tulang ikan agak lembut.

Bila sudah cukup masa, lepaskan wap tekanan (ikut arahan periuk tekanan masing-masing sebagai langkah keselamatan).

Akhir sekali, kacau sebentar dalam 2 minit untuk memekatkan kuah, dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi sardin “homemade” ini sangat mudah untuk disediakan dan pastinya sedap.

Bila buat sendiri, pastinya ia menepati ‘tekak’ masing-masing dan kebersihan pun lebih terjamin.

Selamat mencuba.

BACA: Sedap Cicah Dengan Teh Panas, Ini Cara Buat Biskut Kering “Homemade”

Sumber: MENU@KAMPUNG via Facebook