Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
cara buat biskut kering
Kredit: AJ Idris via Kumpulan Facebook MAHN

Sedap Cicah Dengan Teh Panas, Ini Cara Buat Biskut Kering “Homemade”

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sedap Cicah Dengan Teh Panas, Ini Cara Buat Biskut Kering “Homemade”

Tidak sah berehat di rumah petang-petang tanpa dihidangkan biskut kering. Biskut kering atau juga dipanggil sebagai biskut empat segi ini sentiasa menjadi pilihan terutamanya sebagai kudapan, dicicah teh atau kopi.

Biskut ini jarang dihidangkan kepada tetamu yang bertandang disebabkan sifatnya yang “ala kadar”. Namun, biskut kering ini sentiasa menjadi pilihan ramai sebagai makanan ringan di waktu petang sejak turun temurun, terutamanya ketika hari hujan.

Jadi bagaimana caranya untuk membuat biskut “ala kadar” ini? Ikuti perkongsian resipi di bawah. Resipi mudah biskut kering, lemak berkrim ini merupakan perkongsian dari AJ Idris di Facebook.

Bagi bahan-bahan membuat biskut ini, anda perlukan secawan tepung gandum, satu sudu besar tepung jagung, dua sudu besar mentega, dua sudu besar minyak zaitun atau minyak sayuran, satu sudu kecil gula, secubit garam dan akhir sekali suku cawan susu penuh krim.

BACA: Tak Susah Nak Buat, Ini Resipi Otak Lembu Masak Kunyit Berempah

Jika anda tidak mahu gunakan susu penuh krim, boleh juga digantikan dengan air biasa.

Mulakan dengan mencampurkan kesemua bahan tadi di dalam besen dan uli sehingga menjadi doh. Susu penuh krim boleh dituang sedikit demi sedikit, dan berhenti apabila adunan menjadi doh. Kemungkinan susu tidak akan digunakan kesemua sekali.

Setelah adunan menjadi doh, canai doh senipis yang boleh. Anda mungkin perlu bahagikan sebanyak mungkin. Mengikut AJ Idris, 18 keping dapat dihasilkan untuk satu adunan tadi.

Setelah doh dibahagi, cucuk kepingan-kepingan tadi menggunakan garfu seperti gambar di bawah.

biskut empat segi
Cucuk kepingan doh menggunakan garfu. Kredit: AJ Idris

Setelah siap, kepingan doh boleh dibakar pada suhu 150 darjah Celcius, dalam 10 hingga 15 minit.

Anda boleh juga sapukan mentega cair sebelum bakar kepingan-kepingan doh untuk dapatkan rasa berlemak.

Apabila siap dibakar, biar biskut menyejuk seketika. Siap untuk dinikmati bersama teh susu panas.

Selamat mencuba.

Sumber: AJ Idris via Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

BACA: Boleh Bawa Maut Jika Tak Dirawat, Ketahui Mengenai Demam Kepialu

BACA: “Confirm” Menambah, Ini Resipi Nasi Daging & Air Asam Kerisik