Siakap Keli
30 kes pokok tumbang
Kredit: Astro AWANI

30 Kes Pokok Tumbang Akibat Ribut Kuat Di Perlis

30 Kes Pokok Tumbang Akibat Ribut Kuat Di Perlis

Sebanyak 30 kes pokok tumbang berlaku di Perlis berikutan kejadian ribut kuat yang berlaku pagi tadi, lapor Astro Awani.

Menerusi maklumat yang diterima daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis, pihaknya telah menerima 30 panggilan berkenaan kejadian pokok tumbang sehingga jam 10 pagi tadi.

Kesemua kejadian membabitkan halangan kepada laluan kenderaan serta menimpa rumah dan kereta.

Kredit: Astro AWANI

Menurut Pengarah APM Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, antara kawasan yang terjejas ialah di Beseri di Padang Besar, Arau, Kuala Perlis dan Bintong di Kangar.

“Sekitar jam 8 pagi berlaku ribut di kebanyakan kawasan di Perlis dan angin kencang yang berlaku menyebabkan banyak pokok tumbang serta menimpa premis dan kenderaan yang parkir di beberapa kawasan di negeri itu.

BACA: Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

“Bermula dari jam 8.32 pagi hingga 10 pagi tadi, kita sudah menggerakkan anggota kita di beberapa tempat seperti di Kampung Padang Malau di Beseri, Jalan Padang Nyu dan Kampung Behor Ganchor di Arau, Jalan Bintong di Kangar, Jalan Istana Raja Muda di Padang Besar, Jalan Seberang Ramai dan Jalan Kampung Wai di Kuala Perlis.

“Kita dapati kawasan ini terjejas akibat pokok tumbang selepas dilanda ribut awal pagi ini dan kerja memotong dan membersihkan kawasan masih terus dijalankan oleh kita,” maklumnya ketika dihubungi Astro Awani.

Kredit: Astro AWANI

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 24 anggota dan tiga pegawai APM dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kangar, Arau, Padang Besar dan Kuala Perlis telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

BACA: Amaran Ribut Petir: Ribut Kuat Di Perlis, MetMalaysia Beri Amaran Hingga 1 Tengah Hari

Sumber: Astro Awani

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.