Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemandu E-Hailing Hilang Sejak Minggu Lepas Ditemukan Selamat

Azizah Najib
pemandu e-hailing selamat
Sumber: BERNAMA

Pemandu E-Hailing Hilang Sejak Minggu Lepas Ditemukan Selamat

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Seorang pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi sejak 12 Julai lepas ditemukan selamat di Pandamaran, Klang dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pemandu berkenaan ditemukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah berkenaan pada 5.40 petang dan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Hasil temu bual awal pihak polis dapati lelaki berkenaan tidak maklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana dalam keadaan tertekan disebabkan menghadapi masalah kewangan dan pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mohd Azam dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kejadian Orang Hilang kira-kira 4.17 petang, Ahad lepas.

Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah pada 12 Julai.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pengguna Windows Seluruh Dunia Alami “Blue Screen Of Death”, Kerja Tergendala

BACA: Diskaun Saman PDRM Di Pelancaran Bulan Kebangsaan Di Cyberjaya