Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

JAECOO Malaysia telah mengumumkan secara rasmi spesifikasi lengkap dan harga SUV J7 yang amat dinanti-nantikan, sekali gus mentakrifkan semula kemewahan mampu milik dalam pasaran automotif.
Dijual pada harga bermula daripada RM138,800, jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) kegunaan lasak premium ini mendapat sambutan hebat daripada pasaran sebagai satu pelaburan yang bermakna.
Hal ini berikutan usaha yang dilaksanakan selama beberapa bulan lepas untuk membina rangkaian kukuh meliputi 35 pusat pengedar, kilang pengeluaran terkhusus dan gudang alat ganti untuk menyokong pelanggan dalam jangka panjang.
“Malaysia kini mempunyai jenama SUV kegunaan lasak premium yang bakal mencabar pesaing seangkatan. Disokong oleh inovasi tersendiri, teknologi canggih dan komitmen kepada kualiti, JAECOO ternyata menarik sebagai sebuah kenderaan bandar yang anggun, yang jelas menghidupkan falsafah jenama “From Classic, Beyond Classic”.

Dalam usaha kami mencapai pertumbuhan jangka panjang, kami telah memulakan usaha membina asas yang kukuh dalam tempoh tujuh bulan lepas bagi JAECOO di Malaysia. JAECOO sudah bersedia untuk menarik perhatian pasaran!” kata Timbalan Presiden Eksekutif Chery Corp Malaysia, Leo Chen.
Di majlis pelancaran tersebut, JAECOO Malaysia mengumumkan bahawa versi Pacuan Semua Roda J7 (AWD) akan dijual pada harga kompetitif RM148,800, manakala pilihan dua roda ditawarkan pada harga RM138,800. Setiap unit SUV J7 tersedia dengan waranti tujuh tahun* atau sehingga jarak perjalanan sejauh 150,000km*.
Sempena pelancaran, satu pakej pembeli awal telah dilancarkan istimewa untuk semua tempahan sedia ada dan tempahan yang dibuat sehingga 21 Julai 2024 yang merangkumi waranti* enjin selama 10 tahun atau sehingga jarak perjalanan sejauh 1,000,000km.
Demi ketenangan fikiran pelanggan, JAECOO Malaysia juga mengumumkan sejumlah enam syarikat insurans panel di bawah Program Perlindungan Perdana JAECOO (J-PPP).
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari yang hadir untuk merasmikan pelancaran J7, berkata negeri Selangor mengalu-alukan pembukaan kilang pengeluaran jenama di Shah Alam baru-baru ini.
Mengulas mengenai usaha strategik negeri untuk menjadi gerbang ke ASEAN, beliau berkata Selangor menganggap langkah ini sebagai pelaburan positif demi pertumbuhan bersama, iaitu untuk jenama dan juga ekonomi negeri Selangor.
“JAECOO berada pada kedudukan yang kukuh sebagai jenama SUV pencabar yang memenuhi selera pasaran bagi kemewahan mampu milik. Kami telah membuat pelaburan besar untuk membina rangkaian wakil penjual premium luas, yang disokong oleh kilang pemasangan bebas dan gudang alat ganti.
Selain itu, kami telah membuat keputusan menawarkan SUV kegunaan lasak premium pertama kami pada harga termampu di bawah RM150,000. Kami teruja untuk membolehkan pelanggan mula menikmati pengalaman pemilikan JAECOO yang lengkap pada hari ini,” kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.
JAECOO dijangka menyerahkan kelompok SUV J7 pertama selewat-lewatnya suku ketiga 2024. Rangkaian pengedar jenama yang luas meliputi rantau tengah, utara, selatan dan Malaysia Timur.
Majlis pelancaran SUV J7 telah dihadiri oleh Exco Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, YB Ng Sze Han, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Azrul Reza Aziz, CEO Invest Selangor Dato’ Hasan Azhari Haji Idris dan CEO PUSPAKOM, Tuan Mahmood Razak Bahman. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Parlimen, YB Sim Tze Tzin, dan YB Lim Chean Chung.
Untuk butiran lanjut tentang JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan ikuti perkembangan terkini di platform media sosial JAECOO Malaysia.