Hilang Dua Hari, Warga Emas Ditemui Dalam Keadaan Lemah
KOTA MARUDU — Hilang sejak dua hari lalu, seorang lelaki warga emas ditemukan selamat tetapi dalam keadaan lemah di kawasan kebun sekitar satu kilometer dari rumahnya di Pitas pada Selasa, lapor Sinar Harian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat mengesahkan penemuan individu itu dan berkata pada Isnin lalu pihaknya telah menerima berita kehilangan lelaki tersebut.
Mangsa yang berusia 83 tahun itu dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemukan sekitar jam 5.40 petang selepas keluar bersendirian dari kawasan kebun tersebut.
Difahamkan, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa melibatkan empat anggota di lokasi tempat yang terletak sejauh 45 kilometer dari BBP Kota Marudu.
“Operasi semalam memasuki hari kedua dan pencarian dimulakan pada jam 9.30 pagi melibatkan tiga sektor di mana masing-masing dengan keluasan empat hektar.
“Ketika operasi dijalankan, mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi tersebut,” ujarnya sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.
BACA: Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Siti Nur Balqiesh Ditemui Selamat
Kehilangan mangsa disedari apabila warga emas itu tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun.
“Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan lemah dan kelaparan tetapi masih boleh bercakap.
“Mangsa terpaksa dipapah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” maklumnya.
Albertine Ditemui Selamat
Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui, 6, yang dilaporkan hilang pada Sabtu telah diselamatkan sekitar jam 4 pagi di sebuah premis hotel murah di Batang Kali, lapor SK.
Dalam satu sidang media yang disiarkan di Facebook, beliau berkata mangsa dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Manakala seorang suspek yang turut berada di lokasi penemuan tersebut telah dibawa ke Johor untuk siasatan.
“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun dan tiada hubungan dengan mangsa.
“Kesemua lima-lima (suspek) tiada hubungan pertalian atau persaudaraan dengan mangsa,” katanya.
Menurutnya, semalam dua lelaki dan dua wanita juga telah ditangkap berhubung kes terbabit.
Albertine ditemui selamat, motif penculikan dalam siasatan
“Motif penculikan masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang media tersebut.
Sumber: Sinar Harian