Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pesawat Bawa 19 Individu Terhempas Di Kathmandu

Iqbal Yasir
pesawat terhempas kathmandu
Gambar: The Kathmandu Post

Pesawat Bawa 19 Individu Terhempas Di Kathmandu

KATHMANDU — Sebuah pesawat yang membawa 19 individu dilaporkan terhempas di Kathmandu, Nepal hari ini, lapor AFP.

Difahamkan, pesawat Saurya Airlines terhempas sekitar jam 11:00 pagi waktu tempatan ketika dalam perjalanan ke Pokhara, hab pelancongan penting di republik Himalaya.

Susulan itu, angg0ta polis dan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasI mencari dan menyelamat (SAR).

“Sembilan belas orang termasuk anak kapal, berada di atas kapal itu,” lapor jurucakap lapangan terbang, Premnath Thakur.

Sementara itu, Saurya Airlines dalam satu kenyataan di laman webnya mengesahkan pesawat yang terlibat adalah jet Bombardier CRJ 200.

Bagaimanapun, jumlah mangsa maut dan selamat masih belum diketahui.

Sumber: AFP

BACA JUGA: Pesawat Terhempas Di Nepal: Juruterbang Menjadi Punca – Laporan