Siakap Keli
hanyut 19 jam laut healing
Kredit: Oddity Central

Tertidur Ketika “Healing” Atas Pelampung, Lelaki Cemas Hanyut 19 Jam Di Laut

Tertidur Ketika “Healing” Atas Pelampung, Lelaki Cemas Hanyut 19 Jam Di Laut

Seorang lelaki berdepan cemas apabila hanyut di lautan terbuka selama 19 jam, gara-gara tertidur ketika berehat di atas pelampung di sebuah kawasan pantai, di Taiwan.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada 7 Julai lalu selepas sebuah bot nelayan yang sedang menuju ke arah jeti di New Taipei telah melihat sebuah objek mencurigakan sedang terapung di tengah laut, sekitara 1 petang (waktu tempatan).

Apabila menghampiri objek berkenaan, kru bot nelayan itu terkejut apabila menemui seorang lelaki sedang terapung di atas sebuah pelampung berwarna pelangi.

Salah seorang daripada mereka kemudian segera melempar pelampung ke arah lelaki itu dan menariknya ke dalam bot.

Lelaki yang ditemui dalam keadaan tidak bermaya itu kemudian segera dikejarkan ke jeti untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Walaupun lemah dan dihidrasi, lelaki itu kemudian dibenarkan keluar daripada hospital selepas disahkan berada dalam keadaan sihat oleh pegawai perubatan.

Lelaki tersebut mengambil minuman keras sebelum hanyut ke laut

Menurut portal Oddity Central, pada hari sebelum dia ditemui, lelaki berkenaan dikatakan sedang berehat di tepi pantai, sekitar pukul 6 hingga 7 petang disebabkan cuaca panas.

Ketika itu, lelaki itu dilapor turut mengambil minuman keras dan menyebabkan dia tertidur.

Sebaik sahaja terjaga, dia merasa terkejut apabila mendapati sudah berada di kawasan laut terbuka dan jauh dari pantai di mana dia sedang berehat.

Merasa cemas dengan situasi yang dihadapi, dia kemudian menjerit sekuat hati meminta pertolongan, namun tiada sesiapa pun mendengarnya.

Hanyut 19 jam di laut, gara-gara tertidur ketika healing atas pelampung

Situasi tersebut membuatkan dia merasa pasrah dan membiarkan dirinya hanyut dibawa arus. Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila ditemui oleh bot nelayan keesokan harinya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan tidak menolak kemungkinan bunyi ombak yang mendamaikan menjadi punca dia tidak sedar telah dihanyutkan jauh dari kawasan pantai.

BACA: Bapa Tak Keruan Anak Patung Kesayangan Anak Hilang, Sanggup Beri Ganjaran RM200

BACA: Majlis Perasmian Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara Tronoh, Perak

Sumber: Oddity Central

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.