Siakap Keli
anak patung hilang
Gambar: X @alepzaki

Bapa Tak Keruan Anak Patung Kesayangan Anak Hilang, Sanggup Beri Ganjaran RM200

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bapa Tak Keruan Anak Patung Kesayangan Anak Hilang, Sanggup Beri Ganjaran RM200

Kadangkala sesuatu barangan itu mempunyai nilai yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Meskipun rupa luaran atau fizikalnya tidak seperti barangan baharu tetapi ia memegang beribu kenangan buat pemilik.

Apatah lagi ia bermain dengan memori dan kenangan bersama, oleh itu ehilangan barangan kesayangan itu tentunya merobek hati si pemilik.

Begitulan keadaan dihadapi oleh seorang bapa yang memohon ihsan orang ramai untuk mencari patung anak perempuannya yang hilang.

Menerusi satu hantaran di platform X @alepzaki, lelaki itu memaklumkan mana-mana individu yang berjaya menemukan patung itu akan diberikan ganjaran.

Tambahnya, meskipun patung sudah kelihatan ‘lama’ namun ia sesuatu yang amat berharga buat anaknya sejak awal kelahiran.

“Sesiapa yang terjumpa plushie Hello Kitty anak saya, lokasi terakhir Homestay Pok Usop dekat Kuala Terengganu. Dah minta pemilik cari tapi tak jumpa.

In case terjumpa di mana-mana dalam Kuala Terengganu, boleh hubungi saya.

“Kitty ni dah dengan anak saya dari lahir sampai sekarang 4 tahun. Ia adalah tentang nilai dan ‘bau’. Ganjaran RM200,” tulisnya.

Dalam pada itu, lelaki itu memberitahu ciri-ciri dan keadaan patung itu sedikit berbeza dengan dalam gambar.

“Keadaan terkini, reben merah dekat kepala dan tali itu dah tiada.

“Dan sedikit lebih kecut dari dalam gambar. Ni gambar setahun lepas. Minta maaf anakku, daddy dah cari merata tempat tapi tak jumpa,” kongsinya lagi.

BACA: Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut memahami situasi bapa berkenaan, dan memberikan kata-kata semangat serta mendoakan patung itu segera ditemui.

“Moga dipermudahkan jumpa balik,” komen salah seorang pengguna.

“(The value and smell) faham sangat. Semoga jumpa kembali Hello Kitty itu,” tulis pengguna lain.

“Bau ni paling penting, biasanya tak boleh tidur nyenyak tanpa bau itu,” kongsi seorang lagi pengguna.

“Semoga permudah urusan. Hari itu teddy anak saya jatuh dekat terminal bas. Saya dah naik grab nak balik rumah baru sedar teddy tiada. Sanggup patah balik dan bayar lebih dekat grab. Mujur jumpa semula,” luah seorang pengguna lagi.

Sumber: X @alepzaki

BACA JUGA: Kenapa Kebanyakan Pemain Bola Sepak Georgia Ada Nama ‘Dze’ Dan ‘Shvili’ Di Belakang?

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.