Siakap Keli
pencapaian Malaysia sukan olimpik
Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Ketahui Pencapaian Membanggakan Malaysia Sepanjang Temasya Sukan Olimpik

Ketahui Pencapaian Membanggakan Malaysia Sepanjang Temasya Sukan Olimpik

Sukan Olimpik adalah temasya sukan yang paling agung dan berprestij di dunia, setanding dengan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.

Dilangsungkan setiap empat tahun, temasya ini mengumpulkan atlet-atlet bintang dari seluruh dunia yang bersaing untuk meraih pingat emas serta mencipta rekod baharu temasya dan dunia.

Kontinjen Malaysia mula menyertai Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama di Melbourne pada tahun 1956, kecuali pada tahun 1980 apabila Malaysia turut serta dalam ‘boikot’ Sukan Olimpik Moscow bersama negara-negara lain.

Pencapaian terbaik Malaysia di Sukan Olimpik adalah pada temasya edisi Rio 2016, di mana kontinjen negara berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa.

Sejak mula terlibat dalam Sukan Olimpik, Malaysia sering menyertai sukan seperti akuatik (terjun), badminton dan berbasikal sehingga tahun 2016.

Sukan hoki juga merupakan salah satu sukan yang kerap diwakili Malaysia di Sukan Olimpik, kecuali pada edisi Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004, dan Beijing 2008.

Beberapa sukan lain turut mencatatkan pencapaian terbaik, antaranya bekas jaguh pecut negara, Datuk Dr. M. Jegathesan dalam acara 200 meter di Tokyo 1968 dan Mexico 1972, serta Ishtiaq Mubarak dalam acara 110 meter lari berpagar di Mexico 1972.

Bola sepak Malaysia juga pernah dua kali layak ke Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1972 di Munich dan 1980 di Moscow, namun tidak menyertai temasya di Moscow atas sebab pendirian politik negara ketika itu.

Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia

Pencapaian membanggakan Malaysia di Temasya Sukan Olimpik

Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia
Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia
Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia
Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia
Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia
Kredit: Majlis Sukan Negara Malaysia

Bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 ini, dunia akan sekali lagi menyaksikan puncak kegemilangan sukan global, iaitu Temasya Sukan Olimpik, dengan Paris, Perancis menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini.

Difahamkan, seramai 26 atlet Olimpik dan 29 pemain Paralimpik mewakili Malaysia akan terlibat menjelang perasmian temasya dunia itu.

Rakyat Malaysia menitipkan doa dan harapan buat 55 kontinjen negara yang bakal berentap. Semoga kejayaan menjadi milik kita.

BACA: Ini Koleksi Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

BACA: Olimpik Paris 2024: 55 Kontinjen Malaysia Bakal Terima Telefon Pintar “Edisi Olimpik”

BACA: Ini Negara Yang Paling Banyak Kutip Pingat Emas Olimpik

Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.