Siakap Keli
Kredit: AFP/Olympic.com

Ini Negara Yang Paling Banyak Kutip Pingat Emas Olimpik

Ini Negara Yang Paling Banyak Kutip Pingat Emas Olimpik

Bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024, berlangsungnya salah satu kejohanan berprestij dunia, Temasya Sukan Olimpik. Edisi kali ini diadakan di Paris, Perancis.

Tentu ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton temasya yang dianjurkan empat kali setahun ini bukan?

Lebih-lebih lagi, Olimpik adalah temasya yang mempertandingkan pelbagai sukan termasuk yang tidak pernah diketahui umum sebelum ini, sejak ia dipertandingkan buat kali pertama pada 1896.

Oleh itu, tentu menarik menyaksikan temasya yang julung-julung kali diadakan ini. Selain itu, pemenang diambil kira dari tempat pertama hingga ketiga (pingat emas, pingat perak dan pingat gangsa).

Namun, pernah tak anda tertanya-tanya negara manakah yang memiliki pingat emas terbanyak sepanjang masa? Nak tahu dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian SK di bawah.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menerusi portal Mental Floss, Amerika Syarikat merupakan pemegang rekod emas terbanyak sepanjang masa.

negara pingat emas banyak
Gambar: AFP

Berikut adalah senarai 20 negara dengan pingat emas terbanyak (1896-2022);

1. Amerika Syarikat, 1175 pingat emas

2. Soviet Union, 473 pingat emas

3. Jerman, 305 pingat emas

4. British, 296 pingat emas

5. China 285, pingat emas

6. Perancis, 264 pingat emas

7. Itali, 259 pingat emas

8. Sweden, 212 pingat emas

9. Norway, 209 pingat emas

10. Rusia, 194 pingat emas

11. Jerman Timur, 192 pingat emas

12. Jepun, 186 pingat emas

13. Hungary, 183 pingat emas

14. Australia. 170 pingat emas

15. Kanada, 148 pingat emas

16. Belanda, 148 pingat emas

17. Finland, 147 pingat emas

18. Korea Selatan, 129 pingat emas

19. Switzerland, 116 pingat emas

20. Austria, 91 pingat emas

BACA: Olimpik 2024: Aksi Argentina-Maghribi Dicemari Kekecohan

Fakta Menarik Sukan Olimpik Paris 2024

Gambar: AFP/Franck Fife

Menariknya tentang olimpik musim panas edisi ke-33 kali ini adalah hampir 50 peratus penglibatan adalah atlet wanita. Ia menjadikan sukan olimpik pertama dengan lambakan atlet wanita, lapor USA Today.

Sebanyak 329 acara dipertandingkan, 157 adalah melibatkan atlet lelaki dan 152 bagi wanita serta 20 acara campuran.

Temasya ini menawarkan sekitar 1,000 pingat emas, perak dan gangsa yang akan dianugerahkan kepada atlet yang berjaya menaiki podium.

BACA JUGA: Ini Koleksi Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Maskot yang dipilih pada kali ini adalah Phryges iaitu merupakan simbol kepada kebebasan Republik Perancis. Maskot ini juga akan digunakan dalam Sukan Paralimpik 2024.

Gambar: AFP

Ia dihiasi dengan warna biru, putih dan merah tak ubah seperti warna bendera negara itu.

Perancis menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas kali terakhir pada tahun 1924 (seabad yang lalu), dengan lebih 10,500 atlet dari 206 negara bakal berentap di kejohanan ini.

Mungkin ramai yang kurang jelas, Sukan Olimpik diadakan selama empat tahun secara berselang-seli antara Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk selama dua tahun.

Bila Olimpik Pertama Dianjurkan? 

Tahukah anda, Sukan Olimpik Pertama atau Sukan Olimpik purba bermula pada tahun 776 Sebelum Masihi (SM). Ia telah berlangsung selama hampir 12 abad.

Berbeza dengan sukan olimpik moden yang diperkenal di Athens 1896, sukan olimpik purba merupakan sebahagian daripada perayaan keagamaan. Sukan yang dimainkan akan diadakan di Sanctuary of Zeus di Olympia yang terletak di gunung tertinggi di tanah besar Greece.

Menurut beberapa tradisi sastera, perlumbaan kaki sepanjang 600 kaki  stadium itu adalah satu-satunya acara olahraga pertama dari 776 SM hingga 724 SM.

Bagaimanapun, teori sastera lain berpendapat bahawa permainan itu mungkin telah wujud di Olympia lebih awal daripada tarikh itu, mungkin seawal abad ke-10 atau ke-9 SM.

Macam Mana Wujudnya Sukan Olimpik Moden?

Gambar: Olympic.com

Sekitar 1503 tahun tempoh yang diambil untuk temasya ini mengalami perubahan dari purba kepada sukan yang kita tonton sekarang. Individu yang bertanggungjawab membawa perubahan ini adalah seorang lelaki Perancis bernama Baron Pierre de Coubertin.

Pada 1894, dia telah membentangkan idea mengenai pendedahan sukan moden pada tahun 1900 di negara asalnya, Paris ketika itu. Idea yang dibawa itu telah mendapat kata sepakat oleh perwakilan dari 34 negara.

Dua tahun kemudian, Sukan Olimpik Moden pertama telah dianjurkan, dengan Athens dipilih sebagai tuan rumah pertama.

Obor Olimpik

Gambar: AFP

Pada 1928, idea membawa obor olimpik mula diperkenalkan dan dirasmikan pada Sukan Olimpik di Amsterdam.

Majlis angkat sumpah  (ikrar) pula telah diperkenalkan pada tahun 1920 manakala larian obor olimpik moden dilancarkan pada Sukan Olimpik 1936 di Berlin.

Sumber: Penn Museum, Mental Floss, USA Today, Olympic.com

BACA JUGA: Olimpik Paris 2024: 55 Kontinjen Malaysia Bakal Terima Telefon Pintar “Edisi Olimpik”

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.