Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Penganjuran Program & Penyaluran Sumbangan Sekolah – MJM Setuju Kekalkan Garis Panduan Sedia Ada

Nurul Naqiyah
mjm
Sumber : BERNAMA

Penganjuran Program & Penyaluran Sumbangan Sekolah – MJM Setuju Kekalkan Garis Panduan Sedia Ada

Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada Rabu telah bersetuju mengekalkan garis panduan sedia ada yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Pada masa sama, Mesyuarat Jemaah Menteri juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan seperti mana yang telah diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Jemaah Menteri menegaskan bahawa penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam.