Sederhana Tapi Elegan, Pakaian Pembukaan Sukan Olimpik Kontinjen Indonesia Didedahkan
Indonesia telah memperkenalkan pakaian seragam atletnya bagi pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang diinspirasi dari tokoh perintis seniman negara itu, Raden Saleh, lapor Viva.
Pakaian seragam tersebut merupakan hasil rekaan pereka fesyen yang juga anak tunggal Presiden Indonesia, Didit Hefiprasetyo atau dikenali dengan nama Didit Prabowo.

Didit menggunakan konsep kesederhanaan sebagai falsafah asas mencipta pakaian seragam tersebut.
https://www.instagram.com/p/C93XE2mSWkH/
BACA: Tonjol Warna Jalur Gemilang, Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Raih Pujian Ramai
Pakaian seragam Sukan Olimpik Indonesia bertemakan rekaan sederhana
Menerusi akaun rasmi pasukan Indonesia di Instagram, Didit meluahkan harapannya agar rekaan sederhana pakaian seragam ini dapat menimbulkan semangat buat para atlet.
“Harapan saya dapat mencipta rekaan yang menimbulkan kebanggaan, semangat dan kebingkasan bangsa kita.
“Sekaligus memastikan setiap atlet bersinar dan menjadi diri mereka yang terbaik ketika bertanding di peringkat antarabangsa,” kata Didit.
Memilih konsep minimalis, peraga lelaki kelihatan anggun bergaya dengan baju seragam berwarna gelap dihiasi simbol bendera Indonesia di bahagian lengan. Peraga lelaki turut mengenakan blangkon hitam sebagai aksesori kepala. Didit memadankan sandal hitam khas bagi menonjolkan konsep ala zaman dahulu.

BACA: The Malaya, Busana Rasmi Malaysia Untuk Acara Pembukaan Olimpik Didedahkan
Melihat pula rekaan pakaian seragam atlet wanita, warna merah menjadi pilihan Didit. Kebaya merah digabungkan dengan seluar putih dan sandal hitam membuatkan atlet bakal tampil ringkas namun kelihatan estetik.

Pemilihan Raden Saleh sebagai sumber inspirasi berikutan sumbangan tokoh tersebut dalam mencerminkan kebangkitan bangsa Indonesia di mata dunia.
Raden Saleh merupakan pelukis beraliran Romantisme dari Jawa Tengah dan telah merantau hingga ke istana-istana Eropah pada abad ke-19 sehingga karyanya menjadi terkenal di sana.
Menariknya, sejarah menunjukkan hasil lukisan Raden Saleh pernah terkenal di Paris sehingga dibeli oleh King Louis-Philipp ketika zaman kegemilangannya di sana.
Dengan itu, pemilihan Raden Saleh sebagai sumber inspirasi pakaian seragam pasukan Indonesia di Paris dilihat bertepatan.
BACA: Mohd Rifdean Raih Kemenangan Kedua, Tumbangkan Petaek Dengan TKO
Sumber: Viva, Raden Salleh, Tim Indonesia Official via Instagram, Project MUSE