Setiap orang ada impian kan? Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang kecil pada kita, tapi besar pada orang lain.
Min pernah terbaca kisah seorang makcik ni nak pergi sangat Cameron Highlands dengan anak-anak kalau ada rezeki. Bagi sesetengah orang, Cameron tu boleh pergi balik hari je, kenapa tak simpan impian nak pergi London ke Australia ke kan? Tapi macam min cakap, semua orang ada impian yang berbeza.
Kalau min cakap PETRONAS nak realisasikan semua impian korang, tak kisah apa pun, apa korang rasa?
PETRONAS Bonanza 50, “Melalui Pembelian, Tercapailah Impian!”
Sempena ulangtahun ke-50, PETRONAS nak bagi korang banyak hadiah best antaranya memenuhi impian yang bernilai RM15,000 untuk 30 pemenang, RM10,000 untuk 3 pemenang dan baucar Setel bernilai RM300 dan 20,000 mata ganjaran Mesra Rewards untuk 300 pemenang.
Bila tengok hadiah-hadiah yang PETRONAS tawarkan ni, rasa berkobar-kobar nak join dan menang, kan?
Iyalah, sebulan dah berapa kali isi minyak. Bayangkan kalau seminggu RM50, sebulan dah RM200 kita belanjakan untuk minyak. Belum lagi bila korang beli makanan dalam Kedai Mesra, lebih banyak point korang boleh dapat.
Semua ni automatik akan masuk ke mata ganjaran Mesra Rewards lepas korang daftar. Tak perlu bawa kad Mesra ke sana sini lagi. Mudah, kan? Rugi kalau tak kumpul.
Kongsi impian terbesar untuk menang
Kalau dah menang RM15,000, ibarat impian korang dah pun tercapai. Boleh pegi umrah, melancong ke luar negara, beli emas, deposit rumah atau kereta dan banyak lagi lah. Siapa yang taknak, kan?
Jom min kongsi cara nak sertai contest PETRONAS Bonanza 50 ni. Tak susah pun, tapi sebelum tu, ada satu benda penting min nak pesan, korang semua kena daftar jadi Mesra Rewards member, baru point korang akan dikira. Kalau tak, macam mana nak menang?
Cara pertama
Masukkan nombor phone korang ketika isi minyak di pam, atau di kaunter Kedai Mesra atau pun guna je app Setel.
- Minima hanya RM40 sahaja untuk isi minyak di P95/P97
- Minima RM10 sahaja ketika berbelanja di Kedai Mesra atau ketika guna app Setel.
*Perbelanjaan tak termasuk tambah nilai (top-up), pembelian rokok dan transaksi DuitNow.
Cara kedua
Pergi ke bahagian Bonanza 50 Impian untuk submit kisah impian korang. Kat situ, jelaskan kenapa PETRONAS perlu penuhi impian korang.
Jangan lupa juga untuk follow @PETRONASBrands di semua platform media sosial. PETRONAS akan memilih 3 pemenang berdasarkan slogan yang paling kreatif.
Tempoh peraduan ini berlangsung dari 1 Julai sehingga 30 September 2024. Hanya daftar sebagai ahli Mesra Rewards atau guna aplikasi Setel untuk buat pembelian di PETRONAS untuk menang.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai gapai impian dengan sertai contest ni! Mana tahu kalau betul rezeki korang boleh menang.
Ingat! Jangan korang lupa untuk daftar sebagai ahli Mesra Rewards atau di aplikasi Setel kat sini.