Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiga Buah Kilang Perabot Musnah Dijilat Api
Dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Baru Sungai Buloh, tiga buah kilang perabot musnah dijilat api hari ini, lapor Sinar Harian.
Pada jam 12.20 tengah hari tadi, pihak bomba telah menerima maklumat berhubung kebakaran itu, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.
“Seramai 67 anggota bomba ditugaskan untuk menjalankan kerja pemadaman iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dibantu BBP Damansara, BBP Shah Alam, BBP Petaling Jaya, BBP Klang Utara, BBP Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi kebakaran.
“Selain itu, pemadaman kebakaran turut melibatkan anggota dari BBP Selayang, BBP Taman Tun Dr Ismail serta BBP Seri Hartamas,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Mengulas lebih lanjut, Ahmad Mukhlis memberitahu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan kebakaran tiga kilang itu.
“Kebakaran melibatkan sebanyak 60 peratus purata kemusnahan yang dialami.
“Semakan mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian dan punca kebakaran masih disiasat,” ujarnya.
Terdahulu BERNAMA melaporkan menerusi SK pada Jun lalu, 73 orang hilang tempat tinggal selepas lima buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sebaik sahaja menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.47 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 43 kilometer dari balai berkenaan.
Beliau berkata turut dikerah ke lokasi kejadian ialah pasukan bantuan dari BBP Sipitang serta pasukan bomba sukarela dari Kampung Pemukat dan Kampung Punang.
BACA: Belal Muhammad, Anak Palestin Pertama Raih Kejuaraan Dunia Di UFC
Sumber: Sinar Harian