Siakap Keli
atlet itali cincin kahwin hilang
Gambar: IG Gianmarco Tamberi

Atlet Itali Mohon Maaf Pada Isteri, Cincin Kahwin Hilang Masa Acara Pembukaan Olimpik

Atlet Itali Mohon Maaf Pada Isteri, Cincin Kahwin Hilang Masa Acara Pembukaan Olimpik

Atlet lompat tinggi Itali terpaksa memohon maaf kepada isterinya selepas cincin perkahwinan mereka hilang dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik di Paris, dua hari lepas.

Kejadian itu berlaku ketika Gianmarco Tamberi menggalas tanggungjawab memegang bendera Itali di atas bot dalam upacara pembukaan yang berlangsung di Sungai Seine.

Beliau memuat naik permohonan maaf berkenaan melalui Instagram peribadi dan hantaran tersebut pantas menjadi tular di media sosial.

Cincin kahwin hilang, atlet Itali mohon maaf dengan isteri

Gianmarco juga sempat berseloroh dengan memberi alasan bahawa keghairahannya ketika itu dan berat badan yang hilang sebagai persediaan untuk bertanding menjadi punca cincin berkenaan hilang.

“Jika perkara ini perlu terjadi dan cincin ini perlu hilang, saya tidak boleh memilih lokasi yang lebih baik daripada ini…tenggelam dan terdampar dalam sungai di sebuah kota cinta,” katanya lagi.

Dia dalam pada itu turut mencadangkan cincin perkahwinan isterinya turut disemadikan bersama-sama di dalam sungai tersebut.

“Dengan cara itu, kamu (isterinya) dapat menukar insiden ini menjadi lebih romantik,” kara Gianmarco lagi.

Difahamkan, Gianmarco dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 2022.

Menurut BBC, ketika kejadian Gianmarco sedang mengibarkan bendera Itali disamping pemenang tiga pingat Olimpik, Arianna Errigo.

Secara tiba-tiba, cincin berkenaan tertanggal daripada jarinya dan melantun di atas bos sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Gianmarco turut menyifatkan situasi yang berlaku ketika itu sebagai ”detik singkat yang akan kekal buat selama-lamanya”.

Buat pengetahuan pembaca, Gianmarco sebelum ini pernah menjadi tular ketika dia dan pesaingnya, Mutaz Essa Barshim yang mewakili Qatar sepakat untuk berkongsi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan itu dicapai selepas Mutaz bertanya kepada penganjur sama ada mereka boleh berkongsi pingat emas berkenaan. Gianmarco dan Mutaz ketika itu berkongsi catatan ketinggian 2.37 meter.

Peristiwa itu kemudian dianggap sebagai antara detik manis terbaik yang pernah dirakamkan sepanjang sejarah penganjuran Sukan Olimpik.

https://www.facebook.com/nbcolympics/videos/543572070169838/

BACA: Wanita Rugi RM658,166, Dakwa Ditipu Lelaki Dikenali Dari Telegram, WhatsApps

Sumber: BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.