Malaysia Negara Ke-2 Paling ‘Stress’ Untuk Pemandu Baru Belajar Memandu- Kajian
Memandu di Malaysia sememangnya mempunyai cabaran yang tersendiri, lebih-lebih lagi kepada anda yang baru sahaja belajar memandu.
Berdasarkan kajian platform pendidikan pemandu, Zutobi mendapati bahawa Malaysia berada di tangga kedua negara paling stress bagi pemandu baru belajar memandu, hanya dibelakang Poland.
Menurut kajian itu lagi, Malaysia mencatatkan skor sebanyak 2.38 dan manakala Poland pula merekodkan skor sebanyak 2.14.
Zutobi berkata, kajian itu dibuat berdasarkan empat petunjuk iaitu kesesakan jalan, kadar kemalangan jalan raya, jumlah kenderaan berdaftar dan skor kualiti jalan raya di 35 buah negara.
Skor yang diberikan pula adalah dari 1 – 10 dengan semakin tinggi skor, semakin kurang tekanan untuk pemandu baru belajar memandu di sesebuah negara.
Malaysia mempunyai jalan raya paling komprehensif di Asia
Menurut Zutobi, Malaysia mencatatkan jumlah pendaftaran kenderaan yang tinggi iaitu 85,000 kenderaan bagi setiap 100,000 orang penduduk.
Jumlah kenderaan yang tinggi ini menyebabkan pemandu yang baru belajar memandu berdepan dengan cabaran yang tinggi di jalan raya.
Walaupun Malaysia merupakan salah sebuah negara dengan rangkaian jalan raya paling komprehensif di Asia, kadar kemalangan maut di Malaysia juga tinggi.
Manakala kualiti jalan raya di negara ini pula mencatatkan skor 5.3 daripada 10 mata.
Greece mencatat skor yang sama dengan Malaysia, tetapi berada di tempat ketiga
Greece yang mencatatkan skor yang sama dengan Malaysia bagaimanapun diletakkan di tempat ketiga kerana mempunyai kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang lebih rendah.
Menurut Zutobi, kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Greece adalah 8 bagi setiap 100,000 orang.
Sementara itu, Singapura menjadi negara paling kurang tertekan untuk pemandu baru belajar memandu. Jiran Malaysia itu mencatatkan skor sebanyak 8.27 mata.
Denmark pula berada di tangga kedua dengan 7.92 mata dan diikuti Sweden dengan 7.80 mata. Manakala Belanda dan Sepanyol yang mencatatkan sebanyak 7.44 mata berkongsi kedudukan keempat.
Switzerland yang mengumpul 6.90 mata melengkapkan senarai lima kedudukan teratas.
BACA: Lima Pelajar Merusuh, Pukul Junior Ditahan
Sumber: Zutobi