Siakap Keli
Pelajar Pukul junior
Gambar Hiasan

Lima Pelajar Merusuh, Pukul Junior Ditahan

Lima Pelajar Merusuh, Pukul Junior Ditahan

IPOH, 29 Julai (Bernama) — Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di sini, 24 Julai lepas.

“Mangsa telah mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat.

Azizi berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

BACA JUGA: Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

BACA: Kes Bunuh Zulfarhan: 6 Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Tahun

BACA: Kes Zulfarhan: 12 Tertuduh Akui Insiden Beri Kesan Sepanjang Hayat

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.