Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
kes zulfarhan UPNM
Sumber: Sinar Harian

Kes Zulfarhan: 12 Tertuduh Akui Insiden Beri Kesan Sepanjang Hayat

Hannah

Kes Zulfarhan: 12 Tertuduh Akui Insiden Beri Kesan Sepanjang Hayat

Bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan pada Selasa bahawa kejadian tersebut telah memberi kesan sepanjang hayat kepada mereka.

Peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff menghujahkan demikian dalam prosiding rayuan 12 bekas penuntut UPNM untuk membatalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun yang berlangsung di hadapan tiga panel hakim diketuai oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Azizzul yang mewakili tiga orang tertuduh menyatakan bahawa sebahagian daripada 12 bekas penuntut tersebut telah berkahwin dan mempunyai anak.

Menurutnya, akibat kes ini, mereka yang kini berusia 28 tahun tidak dapat melanjutkan pelajaran di UPNM dan terpaksa mencari pekerjaan dengan menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jika hukuman penjara dikenakan, mereka akan dibuang kerja, seterusnya menyebabkan keretakan rumah tangga.

“Bukan itu sahaja, mereka berdepan saman oleh kerajaan sebanyak RM30,000 terhadap biasiswa yang diberikan kerana gagal menamatkan pengajian,” katanya.

Azizzul memohon mahkamah untuk membenarkan rayuan mereka dan menukarnya kepada bon berkelakuan baik, dengan alasan bahawa kesemua perayu adalah pesalah muda yang tidak pernah terlibat dalam jenayah.

Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili tiga lagi tertuduh menyatakan bahawa kejadian ini telah mengganggu kehidupan anak guamnya.

“Mereka merupakan pelajar pintar, namun kejadian ini menyebabkan sebahagiannya terpaksa bekerja sebagai pemandu e-hailing, malah berkecimpung dalam bidang perladangan,” katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Hadhariah, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

BACA: HP Lancar Portfolio PC AI Menyeluruh Di Malaysia

Selain itu, Peguam AG Kalidas pula berhujah bahawa tiada bukti kukuh yang mengaitkan 12 bekas penuntut UPNM ini dengan kecederaan Zulfarhan.

Beliau menyatakan bahawa sukar untuk membuktikan penglibatan semua perayu kerana terdapat hampir 50 pelajar yang mendiami asrama ketika kejadian.

“Sukar untuk memastikan individu mana yang mengambil bahagian dan mana yang tidak terlibat,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini, berhujah bahawa dapatan hakim Mahkamah Tinggi menunjukkan kecederaan terhadap Zulfarhan dilakukan oleh perayu-perayu ini.

Menurutnya, elemen pertuduhan telah dibuktikan, termasuk kehilangan komputer riba yang membawa kepada kejadian pukul.

“Tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada mangsa.

“Bagi kes pemerasan pula, mangsa dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya,” katanya.

Mahkamah kini mendengar rayuan silang 12 bekas penuntut UPNM yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap mereka kerana mencederakan Zulfarhan.

Terdahulu, insiden ini dilaporkan berlaku di sebuah bilik blok penginapan Asrama Jebat, UPNM, di Kem Perdana, Sungai Besi, antara jam 2.30 dan 5.30 pagi pada 21 Mei 2017 lalu.

Akibatnya, Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi telah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap mereka dengan ikat jamin RM7,000, dan pendengaran rayuan akan bersambung pada Rabu.

BACA JUGA: Tak Bawa MyKad, Pemuda Kongsi Pengalaman Tidur Lokap Selama Empat Hari

Sumber: Sinar Harian