Siakap Keli
Wanita Malaysia tercantik asia
Kredit: Bernama

Wanita Malaysia Antara Tercantik Di Asia, Atasi Thailand & Indonesia

Wanita Malaysia Antara Tercantik Di Asia, Atasi Thailand & Indonesia

Cantik terlalu subjektif untuk diperdebatkan kerana setiap orang punya pandangan yang berbeza mengenainya.

Kecantikan fizikal atau luaran sememangnya mampu menarik perhatian siapa sahaja yang melihatnya, namun ada kecantikan yang lebih semulajadi dan abadi iaitu kecantikan dalaman.

Begitupun, tidak dapat dinafikan mata manusia sentiasa akan tertarik dengan kecantikan luaran yang ada pada individu lain.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat oleh laman web kewangan, Insider Monkey, wanita Malaysia telah disenaraikan sebagai antara yang tercantik di Asia.

Berada di tangga ke enam dalam kalangan 20 negara, Malaysia mengumpul sebanyak 0.75 mata dalam kaji selidik tersebut.

Wanita Malaysia antara yang tercantik di Asia

Difahamkan, kajian tersebut menggunakan pendekatan berasaskan konsensus dan meneliti pelbagai sumber untuk menyenaraikan 20 negara dengan wanita tercantik di Asia.

Bagi Malaysia, kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di negara ini telah menyumbang kepada kedudukan yang tinggi dalam senarai tersebut.

“Kepelbagaian kaum di Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan etnik-etnik yang lain telah menghasilkan gabungan ciri-ciri wajah dan kecantikan yang unik,” kata portal berkenaan.

Lebih manis, Malaysia juga berada di kedudukan yang lebih tinggi berbanding negara jiran terdekat seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

Negara tersebut masing-masing berada di tangga kesembilan, ke-10 dan ke-11.

Korea Selatan berada di kedudukan pertama

Sementara itu, Insider Monkey meletakkan wanita Korea Selatan sebagai tercantik di Asia, sekalis mengungguli tempat pertama dengan skor sebanyak 1.

Kedudukan itu diikuti oleh Jepun ditangga kedua dengan 0.95 mata dan Vietnam di tangga ketiga yang mengumpul sebanyak 0.9 mata.

Menurut Insider Monkey, Korea Selatan dan Vietnam merupakan antara negara yang popular dengan prosedur pembedahan plastik.

Misalnya di Korea Selatan, satu daripada lima wanita di negara tersebut didapati pernah menjalani prosedur berkenaan. Manakala Vietnam pula merupakan antara negara termurah untuk prosedur pembedahan plastik.

Dalam pada itu, Filipina dan Iran melengkapkan lima kedudukan teratas dengan masing-masing mencatatkan skor sebanyak 0.85 dan 0.8 mata.

BACA: Tinggalkan Gelanggang, Atlet Itali Mohon Maaf Kepada Peninju Algeria, Imane Khelif

Sumber: Insider Monkey

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.