Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Itali Mohon Maaf imane khelif
Kredit: AFP

Tinggalkan Gelanggang, Atlet Itali Mohon Maaf Kepada Peninju Algeria, Imane Khelif

Athirah

Tinggalkan Gelanggang, Atlet Itali Mohon Maaf Kepada Peninju Algeria, Imane Khelif

Peninju wanita Itali, Angle Carini dilapor memohon maaf kepada lawannya, Imane Khelif susulan kontroversi yang timbul di Sukan Olimpik baru-baru ini.

Menurut BBC, Carini yang meninggalkan gelanggang selepas 46 saat ketika menentang Imane mengakui kesal dengan caranya mengendalikan situasi tersebut.

“Saya merasa amat sedih dengan semua kontroversi yang timbul. Saya juga mahu meminta maaf kepada lawan saya (Imane).

Peninju Itali mohon maaf kepada Imane Khelif

“Jika IOC memutuskan dia boleh bertanding, maka saya hormati keputusan itu”, kata Carini seperti yang dilaporkan oleh portal sukan Itali, Gazzetta dello Sport.

Walaupun keputusan untuk meninggalkan gelanggang adalah matang dan perlu diambil, Carini mengakui kesal kerana tidak berjabat tangan dengan Imane selepas pertarungan tersebut.

“Saya tidak berniat seperti itu. Jadi, saya mahu mohon maaf kepada Imane dan anda semua. Saya berasa marah ketika itu kerana Olimpik saya tidak berjalan dengan baik,” katanya.

Malah Carini juga menyatakan hasratnya untuk berdakap dengan Imane sekiranya mereka berjumpa selepas ini.

Pertarungan yang menjadi perhatian ramai

Terdahulu dalam pertarungan yang menjadi perhatian ramai itu, Imane jelas menguasai gelanggang dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah Carini dalam 30 saat pertama.

Akibatnya, Carini terpaksa berundur ke penjuru gelanggang untuk membetulkan pelindung kepala dengan bantuan jurulatihnya.

Selepas perlawanan disambung semula, Imane sekali lagi memaksa Carini kembali ke penjuru sekaligus memaksa lawannya mengambil keputusan untuk menarik diri.

Ketika ditemuramah oleh BBC Sport, Carini menjelaskan keputusan berkenaan perlu diambil olehnya.

“Ia boleh menjadi perlawanan seumur hidup, tetapi ketika itu saya juga perlu menjaga keselamatan diri saya,” katanya.

Beberapa imej yang menunjukkan Carini dalam keadaan menangis teresak-esak selepas pertarungan berkenaan tamat turut menjadi tular.

Imane Khelif adalah seorang wanita sejak lahir

Menurut BBC, Imane merupakan salah seorang daripada dua orang peninju yang dibenarkan bertanding dalam kategori wanita di Paris oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Bagaimanapun, penyertaan Imane dan pertemuan dengan Carini mencetuskan kontroversi dan dilaporkan media di serata dunia.

Keadaan itu telah memaksa IOC mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan keputusan jawatangkuasa berkenaan membenarkan penyertaan Imane.

Menurut IOC, Imane sememangnya bertanding dalam kategori wanita sejak sekian lama dan diiktiraf oleh IOC sebagai atlet wanita.

Jurucakap IOC, Mark Adams berkata, Imane adalah seorang wanita sejak lahir dan didaftarkan sebagai wanita sepanjang hidupnya.

“Peninju Algeria itu dilahirkan sebagai wanita, didaftarkan sebagai wanita, menjalani kehidupan sebagai wanita, bertinju sebagai wanita dan mempunyai pasport wanita,” katanya.

BACA: Sakit Hati Selalu Ditanya Bila Nak Kahwin, Lelaki Pukul Jiran Sehingga Maut

Sumber: BBC