Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Peragut Silap Langkah, Dikejar Mangsa Yang Rupanya Atlet Triatlon
Jenayah ragut boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pelaku kebiasaannya akan menyasarkan golongan wanita. Beg tangan, telefon bimbit dan barang kemas menjadi barangan penting yang perlu dijaga dengan sebaiknya apabila berada di tempat awam.
Pun begitu, baru-baru ini seorang peragut tersilap langkah selepas mencuri telefon bimbit daripada seorang atlet triatlon di London.
Atlet yang dikenali sebagai Elizabeth Lopez Aguilar yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat itu berada di London untuk meraikan hari lahir teman lelakinya dan mereka juga merancang untuk menonton filem pada sebelah petang.
Pada awalnya Elizabeth sedang merakam video TikTok di hadapan London Eye. Namun dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mengambil telefon bimbit, yang berada betul-betul di hadapannya.

Namun, pencuri itu tidak tahu bahawa dia baru sahaja menyasarkan seorang atlet trek, yang pakar dalam acara pecut dan larian jarak jauh.
Dalam beberapa minit, Elizabeth dan teman lelakinya mengejar pencuri itu dan mendapatkan semula telefon terbabit.
"Saya terus berlari dan tidak berhenti sehingga lelaki itu ditangkap. Pada mulanya saya ketawa kerana saya sangka teman lelaki saya sedang bergurau.
"Tetapi kemudian saya sedar bahawa ia kejadian betul. Saya terkejut tetapi terus bertindak pantas," katanya.
Bagaimanapun, pasangan itu memutuskan untuk tidak menghubungi pihak polis.
"Kami tidak meneruskan sebarang tindakan undang-undang tambahan atau menghubungi polis kerana lelaki itu tidak melawan dan segera beredar sebaik sahaja kami mendapatkan telefon semula," ujarnya.