Siakap Keli
Intan Najuwa
Sumber: Astro Gempak

Bakal Terbang Ke London Untuk Beli Barang Bayi, Intan Najuwa Nafi Guna Wang Suami

Bakal Terbang Ke London Untuk Beli Barang Bayi, Intan Najuwa Nafi Guna Wang Suami

Pelakon wanita, Datin Intan Najuwa, memaklumkan bahawa dirinya akan terbang ke London untuk membeli barangan keperluan bayi, tidak lama lagi.

Intan, atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, yang bakal menimang cahaya mata pertama, memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut pelakon drama Jodohku Babysitter itu, dia tidak sabar untuk berkongsi pengalaman membeli barangan keperluan bayinya itu dengan pengikut (followers) di media sosialnya.

“Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.

“Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan,” katanya.

“Saya ada duit dan pendapatan sendiri,” – Intan Najuwa nafi guna duit suami

Dikatakan ‘berseronok’ menggunakan wang suami, Intan menepis tuduhan tidak berasas warga maya berhubung isu berkenaan.

“Bagi sesiapa yang tertanya-tanya dan berfikir bahawa saya sellau guna duit suami, tolong fikir semula dan simpan perkara ini dalam pemikiran anda.

“Saya tak perlukan dia (suami) untuk menanggung saya. Ke mana-mana saya pergi tak kira melancong dan membeli-belah, saya guna duit sendiri. Saya boleh berdiri di atas kaki sendiri walaupun sudah berkahwin,” jelas aktres jelita itu.

Sumber: Astro Gempak

Untuk makluman, Intan mendirikan rumahtangga dengan seorang usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 18 Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Intan berkongsi khabar gembira bahawa dia sedang hamil anak pertama pada 18 Julai lalu.

BACA: Elfira Loy Selalu Kongsi Benda Baik Di Media Sosial Buatkan Sweet Qismina Buka Hati Pergi Kelas Agama

BACA: Sah, Sarah Suhairi Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

Sumber: Astro Gempak