Siakap Keli
jatuh kerusi sakit tulang belakang
Sumber: Sinar Harian

Dakwa Jatuh Kerusi Ditarik Rakan, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang

Dakwa Jatuh Kerusi Ditarik Rakan, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami penderitaan hampir setahun akibat komplikasi kecederaan tulang belakang yang dialaminya setelah didakwa terjatuh akibat kerusi yang hendak didudukinya ditarik oleh rakannya.

Insiden yang menimpa murid sekolah rendah tersebut dikongsikan oleh ibunya, Azera Yazid, 36, melalui akaun TikToknya, @azera5276.

Menurut perkongsian tersebut, kehidupan keluarga mereka berubah secara drastik selepas kejadian yang berlaku tahun lalu itu, serta memberi kesan terhadap perkembangan anaknya.

Azera menyatakan bahawa anaknya, Puteri Nor Atiqah atau lebih dikenali sebagai Kak Iqa, masih memerlukan rawatan dan sering dimasukkan ke wad sekiranya diperlukan.

Kehidupan berubah selepas insiden jatuh kerusi ditarik rakan, kanak-kanak derita sakit tulang belakang hampir setahun

“Disebabkan jatuh tempoh hari, Kak Iqa mengalami patah tulang coccyx, ‘disc bulge’ dan ‘bone bruise’.

“Keadaan Kak Iqa sekarang ini masih lagi memerlukan rawatan dan dia juga ada gangguan emosi, maksudnya kesan trauma itu masih ada.

“Dia trauma akibat insiden itu, sebab dia jadi takut untuk bertemu dengan orang lain.

“Hubungan Kak Iqa dengan adik beradik sekarang pun sudah kurang, dia banyak duduk dalam bilik dia sendiri sahaja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Azera berharap agar keadaan kesihatan anak sulungnya itu bertambah baik dan dapat pulih sepenuhnya.

“Buat masa sekarang, kes ini sedang berjalan di mahkamah.

“Saya harap dia makin okay tetapi yang paling penting adalah emosi dia. Sebab harap dia dapat tenangkan dirinya,” ujarnya lagi.

BACA: Wanita Warga Emas Maut Dipijak Gajah

BACA: Wanita Ditemui Maut Bawah Runtuhan Selepas Rumah Didiami Dirempuh Treler Terbabas

BACA: Polis Tumpas Kumpulan Penjenayah Disyaki Penculik, Empat Ditembak Mati

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.