OBJ Perak Tengah, Datuk Dr Ahmad Ruslan Mohd Ridzuan Meninggal Dunia
Orang Besar Jajahan (OBJ) Perak Tengah, Datuk Dr Ahmad Ruslan Mohd Ridzuan, telah meninggal dunia pada jam 7.53 pagi di Hospital Teluk Intan, pada Ahad.
Berita pemergiannya disahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, yang menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Paloh, Ipoh, sebentar tadi.
“Menerima khabar sedih akan pemergian OBJ Perak Tengah, Datuk Dr Ahmad Ruslan Mohd Ridzuan yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
“Saya terus menziarahi Allahyarham buat kali yang terakhir di Masjid Kg Paloh, Ipoh. Ya Allahu Azza Wa Jalla, Kau hapuskanlah dosa-dosanya, Kau angkatkan lah darjatnya dan Kau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser yang dihidapinya sejak setahun lalu.
Jenazah Ahmad Ruslan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh selepas solat Asar petang ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan seorang cucu.
BACA: Dakwa Jatuh Kerusi Ditarik Rakan, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang
BACA: Sungai Seine Terlalu Kotor Untuk Sukan Olimpik Meski Perancis Sudah Habiskan 1.2 Bilion Dolar
BACA: Pekerja ‘Tidak Gembira’ Tidak Perlu Datang Bekerja, Boleh Ambil Cuti Khas
Sumber: Sinar Harian