Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
KL City FC berdepan hukuman
Sumber: Malaysian Football League via Facebook

FIB Kenakan Hukuman Terhadap KL City FC

Hannah

FIB Kenakan Hukuman Terhadap KL City FC

Jawatankuasa First Instance Body (FIB) dilaporkan telah melakukan dan menyelesaikan siasatan terhadap Kuala Lumpur City FC (KL City FC), menurut Malaysian Football League (MFL).

FIB mengesahkan bahawa proses pemberian Lesen Kebangsaan pada 22 November 2023 dan Lesen AFC pada 15 Mei 2024 kepada KL City FC bagi musim 2024-2025 dilakukan dengan betul. Ini berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 (MFL CLR 2023).

Siasatan menyeluruh ini dibuat selepas pendedahan oleh Pengarah Kelab KL City FC, Syed Yazid, bermula dengan semakan melalui sistem AFC CLAS.

Ini adalah untuk mengesahkan tiada tunggakan sehingga 30 Jun 2023 bagi Lesen Kebangsaan dan 31 Disember 2023 bagi Lesen AFC.

Semakan ini turut disertakan dengan surat sokongan daripada agensi kerajaan sebelum‬ penilaian‬ bagi‬ keputusan‬ berkenaan‬ pemberian‬ lesen.

KL City FC jalani proses audit, maklumat deklarasi diserah kepada FIB didapati tidak tepat

Pada 26 Julai 2024, FIB telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kelab dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) di pejabat KL City FC bagi proses audit.

Tujuannya adalah untuk menyemak semula kesahihan surat deklarasi yang dikemukakan oleh pihak kelab, termasuk KWSP, LHDN dan PERKESO, merujuk kepada artikel 2.5 “Compliance audits” dalam MFL CLR 2023.

Selain itu, pertemuan ini juga untuk mendapatkan maklum balas langsung daripada pengurusan kelab mengenai kewujudan percanggahan maklumat deklarasi tersebut.

“Hasil semakan FIB itu mendapati bahawa dokumen yang diserahkan KL City FC mengandungi maklumat tidak tepat atau tidak benar berdasarkan pengesahan daripada agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB.

“Agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini.

“Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC,” jelas kenyataan itu.

Berikutan insiden ini, kelab bertanggungjawab sepenuhnya atas penyerahan dokumentasi serta integriti keseluruhan dokumentasi yang diserahkan kepada FIB.

Merujuk kepada MFL CLR 2023 bagi Lesen Kebangsaan di bawah artikel 2.4 “Licensing Sanctions”, hukuman dikenakan ke atas KL City FC adalah seperti berikut:

Hukuman Berdasarkan Lesen Kebangsaan

Dengan merujuk kepada sub-kriteria F.04, tunggakan agensi kerajaan setakat 31 Disember 2023 perlu diselesaikan sebelum 30 September 2024. Sekiranya gagal, tindakan dan hukuman selanjutnya akan dikenakan oleh FIB.

Berdasarkan‬ deklarasi‬ tunggakan‬ yang‬ tidak tepat atau tidak benar dengan‬ merujuk‬ kepada‬ artikel‬ 2.4 “Licensing Sanctions (c), (f), (0)”‬, KL City FC berdepan hukuman:

  • Denda pemotongan mata sebanyak 6 mata.

  • Denda sebanyak RM50,000.

  • Larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025.

Hukuman Berdasarkan Lesen AFC

Dengan‬ merujuk‬ kepada‬ sub-kriteria‬ F.04,‬ deklarasi tunggakan bayaran gaji dan agensi kerajaan setakat 31 Disember 2023 perlu diselesaikan pada 31 Mac 2024.

Berdasarkan‬ deklarasi‬ tunggakan‬ yang‬ tidak tepat atau tidak benar dengan merujuk kepada artikel 2.4 “Licensing Sanctions (d), (f), (n)”, KL City FC berdepan hukuman:‬

  • Tidak dibenarkan memohon lesen AFC selama dua kitaran Pelesenan Kelab MFL (2024-2025 dan 2025-2026).

  • Denda sebanyak RM50,000.

  • Lesen AFC bagi musim 2024-2025 dibatalkan.

“Selain itu, sekiranya perlu Ahli Lembaga Pengarah MFL juga boleh mengambil tindakan susulan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh KL City FC ini,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, FIB berharap kesemua kelab Liga Super dapat mengambil iktibar daripada isu ini dan tidak mengambil mudah berkaitan maklumat deklarasi yang diserahkan kepada FIB.

Badan bebas ini boleh melakukan semakan semula dan menarik Lesen Kebangsaan atau Lesen AFC sekiranya didapati bersalah, merujuk kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

BACA: Aaron-Wooi Yik Tidak Sangka Mampu Bangkit

BACA: Noah Lyles Raja Pecut Olimpik 2024

BACA: Paris 2024: Kekejangan Kaki Punca Nur Aisyah Tidak Tamat Perlumbaan

Sumber: Malaysian Football League