Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
kanak-kanak autisme jatuh tingkat 16
Gambar Hiasan

Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Selamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 16, Alami Cedera Ringan

Hannah

Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Selamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 16, Alami Cedera Ringan

Seorang kanak-kanak lelaki dari Aubervilliers, Perancis, terselamat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri yang berketinggian 43 meter.

Kanak-kanak berusia empat tahun itu hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang, lapor Oddity Central.

Dilaporkan, kanak-kanak yang juga didiagnosis dengan autisme itu berada di dalam biliknya ketika bapanya mendengar dia menangis.

Bapanya kemudiannya segera pergi untuk memeriksa dan menenangkan anaknya, tetapi mendapati pintu bilik anaknya itu terkunci.

Difahamkan, ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dan ibu bapa kanak-kanak itu percaya bahawa anak mereka secara tidak sengaja mengunci diri di dalam bilik yang menyebabkan dia panik.

Sebaik sahaja bapanya berjaya memecahkan pintu, tangisan kanak-kanak itu telah berhenti dan bilik tersebut kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, bapanya menyedari bahawa dia ‘sudah terlambat’.

Bapanya kemudian segera bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang dipenuhi tanah.

Dia segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.

Tambah Oddity Central, bapanya terkejut melihat anaknya dapat bergerak sendiri, dengan hanya calar kecil pada kakinya.

“Dia mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak melihat sebarang pendarahan luaran. Dia hanya mengalami calar kecil pada kakinya,” jelas bapanya kepada akhbar Perancis, Le Parisien.

BACA: FIB Kenakan Hukuman Terhadap KL City FC

Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu yang masih bimbang akan anaknya yang mungkin mengalami kecederaan dalaman segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Necker di mana dia ditempatkan di bawah pemerhatian selama tujuh hari.

Sepanjang tempoh tersebut, doktor menjalankan beberapa ujian untuk memastikan dia benar-benar sihat seperti yang dilihat.

Selain daripada sedikit pendarahan di buah pinggang dan paru-paru yang dapat dirawat oleh pakar bedah, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.

Selepas tujuh hari, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani kehidupan normal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dia malah dapat kembali ke tadika pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa. Ibu bapanya terkejut, begitu juga dengan doktor yang merawatnya.

“Dia telah kembali kepada kehidupan normal, semuanya baik. Saya tidak pernah percaya pada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibunya.

Ada yang mengatakan bahawa bumbung farmasi yang dipenuhi tanah mungkin menyerap hentakan jatuhnya, tetapi doktor yakin bahawa ianya lebih berkaitan dengan badan kanak-kanak yang ringan dan fleksibel.

“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.

BACA: Lelaki Maut Kereta Dipandu Langgar Treler

BACA: Yiwen Umum Bersara Selepas 10 Tahun Wakili Negara

Sumber: Oddity Central