Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Pengendali Facebook Mati
Sumber: AFP

Lelaki Maut Kereta Dipandu Langgar Treler

Hannah

Lelaki Maut Kereta Dipandu Langgar Treler

GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas kereta Proton X50 yang dipandunya melanggar sebuah treler sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 18.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dekat sini, kira-kira 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata mangsa dikenali sebagai M.Guna, 29, yang bekerja sebagai pegawal keselamatan, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa memandu sendirian dari arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta itu telah melanggar belakang sebuah lori treler yang berada di laluan sama sebelum terbabas sehingga berpusing dan ternaik ke atas penghadang jalan di sebelah kiri.

“Pemandu lori berusia 66 tahun itu meneruskan perjalanan kerana tidak sedar kenderaannya telah dilanggar dan menyangka bunyi kuat di belakang lori trelernya disebabkan tayar lori pecah, sebelum berhenti di stesen minyak berhampiran untuk memeriksa dan mendapati terdapat kesan langgar. Lelaki itu membuat laporan polis berhubung perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarul Rizal berkata mangsa yang tersepit dalam kenderaannya berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan sampel darah pemandu (treler) itu dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian alkohol serta dadah,” katanya.

Beliau berkata polis sedang mengesan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Dua Maut Akibat Rempit Di Klang

BACA: Polis Kesan Lelaki Bawa Senjata Tajam Ke Perlawanan Bola Sepak

BACA: FIB Kenakan Hukuman Terhadap KL City FC

Sumber: BERNAMA