Majlis Daerah Cameron Highlands Ambil Tindakan Terhadap Pembinaan Haram Cameron Santorini
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) hari ini telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pembinaan haram Cameron Santorini.
Operasi yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi tersebut diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan.
Operasi ini melibatkan kerjasama kakitangan daripada MDCH serta pelbagai jabatan dan agensi daerah, termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Tindakan penguatkuasaan ini diambil berdasarkan Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menyatakan kesalahan pembinaan tanpa kelulusan.
Dengan tindakan ini, MDCH berharap ia dapat menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak yang bercadang untuk menjalankan projek pembangunan agar mematuhi semua prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
BACA: Pemenang Pingat Emas Renang Thomas Ceccon ‘Rela’ Tidur Atas Tanah Di Perkampungan Olimpik
BACA: Hadiah Pingat Buat Malaysia, Zii Jia Tidak Dapat Tahan Sebak Luah Tekanan Yang Dirasai
BACA: Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Selamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 16, Alami Cedera Ringan
Sumber: Majlis Daerah Cameron Highlands