Terkini

Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
10 negara ganjaran lumayan olimpik
Sumber: AFP

Ini 10 Negara Tawarkan ‘Ganjaran’ Lumayan Buat Pemenang Pingat Olimpik

Hannah

Ini 10 Negara Tawarkan ‘Ganjaran’ Lumayan Buat Pemenang Pingat Olimpik

Sukan Olimpik adalah temasya sukan yang paling agung dan berprestij di dunia. Berlangsung setiap empat tahun, acara sukan terbesar ini mengumpulkan atlet-atlet bintang dari seluruh dunia.

Mereka bukan sahaja bersaing untuk meraih pingat, tetapi turut ‘berlumba-lumba’ untuk mencipta rekod baharu temasya dan dunia.

Memenangi pingat dalam acara sukan terbesar ini bukan sahaja mewarnai karier seseorang bintang atlet.

Malah, pelbagai ganjaran menanti mereka yang berjaya membawa pulang sama ada pingat emas, perak mahupun gangsa.

Menurut AFP, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak memberikan hadiah wang tunai kepada pemenang.

Bagaimanapun, banyak negara dan wilayah menawarkan insentif yang menarik kepada atlet mereka yang berjaya memenangi pingat.

Ganjaran ini tidak terhad kepada kewangan semata-mata, malah melibatkan pelbagai bentuk hadiah menarik.

Berikut merupakan 10 negara yang menawarkan ganjaran lumayan buat bintang atlet yang berjaya membawa pulang pingat Olimpik.

Korea Selatan

Semua lelaki yang berkemampuan di Korea Selatan ‘diwajibkan’ menjalani perkhidmatan ketenteraan selama 18 bulan sebelum mencapai usia 28 tahun.

Bagaimanapun, atlet Korea Selatan yang berjaya memenangi pingat Olimpik 2024 akan dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan wajib itu.

Begitu juga dengan atlet yang memenangi emas di Sukan Asia. Misalnya, pemain bola sepak terkenal Son Heung-min berjaya mendapat pengecualian ini ketika beraksi di Jakarta pada 2018.

Selain itu, atlet memanah Korea di Sukan Tokyo, yang memenangi empat daripada lima pingat emas, menerima kereta daripada Hyundai sebagai ganjaran.

Poland

Pemenang pingat emas dalam acara individu menerima hadiah wang tunai sebanyak $63,000 (RM283,878), sebuah pangsapuri dua bilik, berlian, lukisan dan baucar percutian.

Pemenang pingat perak dan gangsa pula menerima ganjaran wang tunai dan hadiah lain yang menarik.

Indonesia

Apriyani Rahayu dan Greysia Polii, yang memenangi pingat emas beregu wanita dalam badminton di Tokyo tiga tahun lalu, dijanjikan pelbagai ganjaran.

Ini termasuklah rumah baru, restoran mi bakso, lima ekor lembu, sebidang tanah dan sebuah rumah di kampung halaman Apriyani di Sulawesi Tenggara.

Selain itu, syarikat milik kerajaan PT Pegadaian juga berjanji memberikan tiga kilogram emas kepada mereka.

Bukan itu sahaja, Menteri Pelancongan, Sandiaga Uno, menyatakan mereka boleh menikmati percutian percuma di lima destinasi pelancongan utama negara.

Jordan

Apabila Ahmad Abu Ghaush memenangi pingat emas pertama Jordan dalam Taekwondo di Rio, beliau menerima $140,000 (RM630,840) daripada jawatankuasa Olimpik negara.

Selain itu, beliau juga menerima pelbagai ganjaran serta hadiah lain daripada syarikat tempatan, termasuk kereta dan jam tangan mewah.

Di samping itu, Raja Abdullah II juga menganugerahkan beliau dengan Darjah Kepujian Kelas Pertama.

Filipina

Pemenang pingat emas pertama Filipina, Hidilyn Diaz, dalam angkat berat di Olimpik Tokyo, menerima dua hartanah dan kenaikan pangkat kepada sarjan dalam Angkatan Tentera Filipina.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina, Abraham Tolentino, secara peribadi turut memberikan rumah dan tanah kepada para pemenang pingat.

Iraq

Pemain bola sepak Iraq yang layak ke Olimpik masing-masing menerima lebih daripada $7,200 (kira-kira RM32,443) dan sebidang tanah.

Selain itu, atlet angkat berat, Ali Ammar Yasser menerima kereta dan sebidang tanah selepas layak ke Sukan Olimpik, dan dijanjikan sejuta dolar jika membawa pulang pingat.

Malaysia

Atlet Malaysia yang pertama memenangi pingat emas di Paris akan menerima makanan percuma selama setahun daripada syarikat penghantaran dan pengangkutan Grab.

Mereka juga akan menerima kereta SUV Chery dan pangsapuri mewah daripada pemaju hartanah Top Residency.

India

Apabila Neeraj Chopra memenangi pingat emas dalam acara lontar lembing di Tokyo, beliau dijanjikan penerbangan percuma tanpa had selama setahun oleh syarikat penerbangan IndiGo.

Selain itu, beliau turut dijanjikan kereta SUV tujuh tempat duduk oleh seorang ahli perniagaan.

Singapura

Selepas Joseph Schooling melakar sejarah di Sukan Rio 2016 dengan mengalahkan Michael Phelps dalam acara 100m kupu-kupu, perkhidmatan e-hailing Grab menawarkan pengangkutan percuma selama setahun untuk beliau dan keluarganya.

Dalam pada itu, kerajaan memberikan $750,000 (RM3,379,500) bagi setiap pingat emas.

Hong Kong

Kerajaan Hong Kong memberikan tiket perjalanan seumur hidup bagi sistem MTR subway kepada pemenang pingat emas di Paris seperti Vivian Kong dan Cheung Ka-long.

Jockey Club Hong Kong turut memberikan $770,000 (RM3,469,620) kepada pemenang pingat emas individu.

Selain itu, rangkaian gimnasium Pure menawarkan keahlian seumur hidup kepada semua 35 atlet Hong Kong yang bertanding di Paris.

Manakala, syarikat penerbangan Cathay Pacific memberikan perjalanan kelas perniagaan percuma selama setahun kepada semua pemenang pingat.

BACA: Ingatkan Apa, Rupanya Ini “Isi” Kotak Emas Misteri Diterima Pemenang Pingat Olimpik

BACA: Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga, Kini Duduk Ranking Ke-6 Dunia

BACA: Olimpik Paris 2024: Kontinjen Indonesia Jadi Mangsa Kecurian Berjumlah RM262,200

Sumber: AFP