Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Pemenang Pingat Olimpik
Sumber: @jessfoxcanoe via TikTok

Ingatkan Apa, Rupanya Ini “Isi” Kotak Emas Misteri Diterima Pemenang Pingat Olimpik

Athirah

Ingatkan Apa, Rupanya Ini “Isi” Kotak Emas Misteri Diterima Pemenang Pingat Olimpik

Sukan Olimpik Paris 2024 sudah pasti menjadi acara sukan yang paling dinantikan oleh masyarakat dari seluruh dunia.

Dengan acara yang menawarkan pelbagai perlawanan dan pertandingan, setiap atlet yang bertanding berusaha untuk merebut tempat di podium dan membawa pulang pingat emas, perak atau gangsa.

Perhatian lebih tertumpu kepada ganjaran yang menanti para atlet yang berjaya merangkul pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Memenangi pingat emas di Sukan Olimpik merupakan impian tertinggi bagi setiap bintang atlet.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi detik paling membanggakan dalam hidup mereka, tetapi juga buat negara yang diwakili.

Baru-baru ini, atlet kayak dari Australia, Jessica Fox, telah mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas dalam acara kayak slalom perseorangan wanita di pentas Olimpik Paris 2024.

BACA: Awas, “Membawang” Di WhatsApp Pun Boleh Jadi Jenayah, Naik Mahkamah Kalau Korang Buat Benda Ni

Selain membawa pulang pingat emas, beliau turut menerima ‘kotak emas misteri’ berukuran sekitar 40 sentimeter.

Melalui video yang dikongsikan di akaun @jessfoxcanoe, para peminat menjadi tertanya-tanya tentang isi kotak berwarna emas yang diberikan bersama pingat kepada pemenang di Olimpik Paris 2024.

Akhirnya, @jessfoxcanoe mendedahkan isi kotak tersebut, yang mengandungi poster rasmi Paris 2024 sebagai tanda kenang-kenangan.

Selain poster, kotak itu juga mengandungi maskot mini Paris 2024 yang dikenali sebagai Phryge, dengan perkataan “tahniah” yang tertulis dalam bahasa Perancis di belakangnya.

Video berdurasi 39 saat itu memaparkan lukisan buatan tangan yang termasuk imej cincin Olimpik, Menara Eiffel yang dikelilingi oleh tempat Olimpik Stade de France dan banyak lagi.

BACA: Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?

Poster rasmi Paris 2024 direka khas oleh ilustrator terkenal Perancis, Ugo Gattoni

Menurut portal rasmi Olympics, poster yang terdapat dalam kotak tersebut direka khas oleh Ugo Gattoni, seorang ilustrator terkenal dari Perancis.

Untuk mencipta poster-poster ini, Gattoni terlebih dahulu menghayati visi dan alam semesta Paris 2024, membolehkannya berjaya menggambarkan jiwa Sukan Olimpik ini.

Gattoni menghabiskan lebih daripada 2,000 jam dalam tempoh enam bulan kerja intensif untuk menghasilkan rekaan-rekaan tersebut.

Dengan dedikasi dan kepakaran seni yang dimilikinya, Ugo Gattoni berjaya menghasilkan karya yang mencerminkan semangat Sukan Olimpik Paris 2024.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengabadikan simbolik dan keindahan kota Paris sebagai tuan rumah temasya sukan yang dinanti-nantikan ini.

BACA: Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Bervoltan Tinggi Sebelum Jatuh Dari Teres

BACA: Peralihan Ke ‘5G Dual Network’ Telah Bermula, Ini Manfaat Bakal Pengguna & Peniaga Nikmati

Sumber: @jessfoxcanoe via TikTok, Olympics