Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga, Kini Duduk Ranking Ke-6 Dunia
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, telah berjaya memperbaiki kedudukannya dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan naik satu tangga ke kedudukan keenam dunia.
Menurut kemaskini terbaharu BWF yang diumumkan melalui laman X ShuttleHard, Lee Zii Jia berjaya mengatasi pemain perseorangan lelaki dari China, Li Shi Feng.
Kedudukan terbaharu ini adalah setelah mengambil kira mata tambahan yang diperolehnya selepas acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir semalam.
Pemain berusia 26 tahun ini meraih pingat tersebut selepas menewaskan Lakshya Sen dari India dalam aksi di Porte de La Chapelle.
Zii Jia berjaya mengatasi Lakshya Sen dalam perlawanan tiga set dengan keputusan 13-21, 21-16 dan 21-11.
Kini, Lee Zii Jia berada di kedudukan keenam dunia dengan jumlah keseluruhan 83,716 mata.
Juara dunia, Kunlavut Vitidsarn pula mencatat lonjakan ranking paling tinggi, naik empat anak tangga ke kedudukan keempat dunia setelah pencapaiannya meraih pingat perak di Sukan Olimpik Paris.
Dalam pada itu, kedudukan pertama dan kedua kekal milik Shi Yu Qi dari China dan Viktor Axelsen dari Denmark.
BACA: Hadiah Pingat Buat Malaysia, Zii Jia Tidak Dapat Tahan Sebak Luah Tekanan Yang Dirasai
BACA: “Semangat Anda Disegani Seluruh Rakyat Malaysia,” Lee Chong Wei Puji Semangat Zii Jia
BACA: “Sangat Bangga,” Michelle Yeoh Ucap Tahniah Kepada Zii Jia, Aaron & Wooi Yik
Sumber: Stadium Astro