Siakap Keli
penjawat awam nikmati peningkatan gaji
Gambar: BERNAMA

Penjawat Awam Dijangka Nikmati Peningkatan Gaji Sehingga 42.7 Peratus – Fahmi

Penjawat Awam Dijangka Nikmati Peningkatan Gaji Sehingga 42.7 Peratus – Fahmi

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) — Penjawat awam dijangka menerima peningkatan pendapatan atau gaji sekitar 15 hingga 42.7 peratus menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata gambaran secara umum berkenaan peningkatan yang tinggi khususnya membabitkan kumpulan pelaksana itu akan dapat dilihat pada minggu depan.

“Insya-Allah, bermula minggu depan. Kita akan dapat gambaran secara umum peningkatan pendapatan atau gaji penjawat awam dijangka sekitar 15 hingga 42.7 peratus.

“Peningkatan ini bagi kumpulan pelaksana dijangka paling tinggi manakala bagi kumpulan ketua setiausaha (KSU) atau Ketua Pengarah Penerangan (misalnya) lebih sederhana,” katanya.

Fahmi berkata perincian, terutama dari aspek jumlah yang perlu diperuntukkan bagi kenaikan gaji penjawat awam akan dapat diteliti dalam dokumen Belanjawan 2025 nanti.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.