Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelajar vokasional keningau senia
Gambar: Kolej Vokasional Keningau
Tiada Kategori

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Terima Anugerah SENIA

Azizah Najib

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Terima Anugerah SENIA

Seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau di Sabah telah menerima anugerah World Changer Award oleh Special Education Network and Inclusion Association (SENIA).

Difahamkan, penerimaan anugerah tersebut telah diumumkan di laman sesawang rasmi SENIA pada 5 Ogos.

Menurut guru Bahasa Inggeris KV Keningau, Dr Mohd Sirhajwan Idek, anugerah tersebut bersempena dengan sumbangan Nur Afiqa Amani Muhd Safwan Sajani melancarkan program kesedaran kesihatan mental, “It’s Okay”.

Kempen tersebut membolehkan rakan sekolahnya menyampaikan emosi mereka dengan lebih baik melalui penggunaan visual dan strategi pembelajaran sosioemosi.

Dilancarkan pada awal 2023, projek tersebut bertujuan menangani masalah kemurungan dan kebimbangan melampau dengan menggunakan kemahiran sosioemosi.

Projek tersebut menggunakan konsep visual seperti penggunaan emoji untuk membantu para pelajar menyatakan perasaan mereka.

Ia juga termasuk dengan beberapa aktiviti seperti pesta tarian yang berbentuk fizikal dan terapi origami yang berunsurkan kreativiti yang membantu menyalurkan emosi mereka.

Selain itu, projek itu juga telah menerima dana melalui Amal Fund pada tahun 2024 untuk terus diluaskan agar ia dapat memberi faedah kepada komuniti.

Idea tercetus semasa sertai aktiviti

Menurut Dr Sirhajwan lagi, kempen ini tercetus apabila Afiqa menyertai aktiviti kelolaan Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) di sana.

“Afiqa merupakan ahli (kelab) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah.

“Idea ini tersetus apabila kajian yang dilaksanakan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) terhadap kesemua pelajar di sekolah itu pada hujung tahun 2022.

“Ia menunjukkan jumah pelajar yang mengalami risiko kemurungan dan kerisauan melampau agak tinggi,” katanya ketika ditemu bual Siakap Keli.

Melihat kepada keperluan meneruskan kempen ini, Dr Sirhajwan berkata pihak KV Keningau menjadikan kempen tersebut sebagai projek rasmi Kelab PRS.

“Projek ini telah dijadikan sebagai projek rasmi dan tahunan para PRS di mana generasi baharu mengambil alih projek tersebut.

“Mereka melaksanakan pendekatan yang sama melalui aktiviti yang telah terbukti melalui kajian dapat membantu pengurusan emosi,” tambahnya lagi.

Menerusi penganugerahan ini, Dr Sirhajwan berkata Afiqa berharap kempen tersebut dapat meningkatkan kesedaran orang awam tentang isu kesihatan mental.

“Afiqa berharap agar ia dapat terus meningkatkan kesedaran orang awam termasuklah pihak sekolah terhadap kesihatan mental agar para pelajar dan remaja berada (dalam keadaan) selesa dan yakin untuk meluahkan kebimbangan mereka serta mendapatkan nasihat dari mereka yang dipercayai,” ujar Dr Sirhajwan.

Sedikit maklumat, Afiqa berasal dari Selangor dan kini menetap di Ranau, Sabah bersama keluarganya.

Tidak hanya cemerlang dalam akademi, Afiqa turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar dan merupakan pelajar yang aktif.

“Afiqa juga aktif dalam sukan dan merupakan salah seorang bekas pemain pasukan Bola Jaring KV Keningau.

BACA: Timbalan Naib Canselor UiTM Diiktiraf 50 Wanita Terbaik Dalam Bidang Pendidikan

“Dia juga aktif dalam pertandingan kemahiran dengan memenangi beberapa pingat dalam kategori penyediaan meja makan di peringkat kebangsaan.

“Dia juga adalah pelajar cemerlang dari bidang akademik dan sentiasa dinobatkan dengan anugerah keputusan cemerlang setiap semester,” ujarnya.

BACA: Dua Saintis Muda Wakili Malaysia Ke Mesyuarat Nobel Laureate Ke-73 Di Lindau, Jerman

Pelbagai aktiviti dijalankan semasa minggu kesihatan mental seperti kembara alam, tarian dan terapi seni.

Bagaimanapun buat masa ini, aktiviti tersebut tertumpu kepada pelajar di KV Keningau sahaja.

Pun begitu, terdapat juga aktiviti terdahulu yang dijalankan secara dalam talian dan kempen itu juga telah menerima peserta dari seluruh negara.

Sumber: Special Education Network and Inclusion Association (SENIA)

BACA: Pelajar Politeknik Juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’