Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
tesla batal rancangan kilang
Gambar: Johannes Eisele/AFP

Tesla Bubarkan Pasukan Eksekutif di Thailand, Batal Penubuhan Kilang?

Azizah Najib

Tesla Bubarkan Pasukan Eksekutif di Thailand, Batal Penubuhan Kilang?

Tesla telah membatalkan rancangan penubuhan kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Thailand, lapor sumber dari pejabat Perdana Menteri Thailand.

Menurut The Nation Thailand, keputusan itu berikutan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November hingga Disember lalu.

“Tesla pada ketika ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan pembukaan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan (rancangan itu) di Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” lapor sumber.

Terdahulu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin telah mengumumkan bahawa Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV.

Pengumuman tersebut dibuat setelah beliau mengadakan beberapa lawatan dan pertemuan bersama eksekutif Tesla di Amerika Syarikat dan Thailand.

Pada 28 November lalu, Srettha dan pemimpin Parti Pheu Thai yang memerintah Paetongtarn Shinawatra menjadi tuan rumah eksekutif kanan Tesla Rohan Patel pada festival Yi Peng di Chiang Mai.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan Tesla sedang meninjau tiga tapak kilang yang berpotensi di Thailand dan dijangka mengumumkan pelaburan lebih USD 5 bilion pada suku pertama tahun ini.

Tesla batal rancangan pembukaan kilang berikutan pembubaran pasukan eksekutif

Walau bagaimanapun, Tesla kini memutuskan untuk membatalkan rancangan pelaburan di Thailand selepas pembubaran pasukan eksekutifnya. Keputusan ini merupakan sebahagian dari penarikan pelaburan Tesla di seluruh Asia.

Sebelum ini, Tesla turut mengumumkan pemberhentian rancangan untuk membina sebuah kilang berskala besar di Mexico berikutan ikrar yang dibuat oleh calon Presiden, Donald Trump.

Difahamkan, hal itu dilakukan apabila Trump berikrar untuk mengenakan cukai 100 peratus terhadap kenderaan buatan Mexico.

Lokasi kilang tersebut diumumkan berdekatan Monterrey di Nuevo Leon pada Mac tahun lalu. Ia dijangka bakal beroperasi dalam suku pertama tahun 2025. Namun, projek tersebut sudah beberapa kali tergendala.

Pada September 2023, beberapa pembekal Tesla mula memperlahankan rancangan mereka untuk membina kemudahan pembuatan di Mexico.

Perkara ini berikutan kebimbangan mereka tidak dapat menyempurnakan rancangan mereka tepat pada masanya.

BACA: Pelajar Kolej Vokasional Keningau Terima Anugerah SENIA

BACA: Program Sarjana Oxford Untuk Pemenang Pingat Emas Athka Bermula Di Universiti Oxford

BACA: Pelajar Politeknik Juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’

Sumber: The Nation Thailand