Antony Umum Berita Gembira, Sah Kekal Di Man United
Pemain sayap Manchester United, Antony mengesahkan bahawa beliau akan kekal bersama dengan kelab itu untuk aksi musim akan datang.
Berita gembira yang sangat dinanti-nantikan oleh semua peminat kelab tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano sebentar tadi.
“Saya memiliki mentaliti yang kuat dan fokus dengan apa yang mahu saya capai. Saya yakin musim akan datang akan menjadi sesuatu yang berbeza.
“Sudah tentu, saya perlu lebih banyak penglibatan di atas padang dan perlu menjaringkan gol. Ia adalah komitmen yang turut saya tuntut dari diri sendiri,” katanya.
Peminat tarik nafas lega, Anthony umum kekal bersama Manchester United
Dengan pengesahan tersebut, para peminat Liga Perdana Inggeris dan Manchester United kini boleh menarik nafas lega dengan masa depan pemain berasal dari Brazil itu.
https://www.facebook.com/fabrizioromanoherewego/posts/pfbid0LtfVtWddwp13QS65P3GeNJvLQuKPo4FodGwwEdvjHBKQJr5qN8Kc7jgiSRLapNVel
Peminat canang Antony bakal jadi ayam tambatan Man United
Manchester United menandatangani Antony dari Ajax yang beraksi di Eredivisie pada 2022 dengan tanda harga £80.75 juta dan tambahan sebanyak £4.25 juta.
Pemain itu turut ditawarkan kontrak selama lima tahun sehingga 2027 dengan pilihan sambungan kontrak setahun lagi.
“Ia adalah detik yang bermakna dalam karier saya apabila menyertai salah sebuah kelab paling ikonik dalam sejarah bola sepak dunia.
https://www.facebook.com/fabrizioromanoherewego/posts/pfbid0tSv8K2EcVPxxuoJzd7fADr7QNyCp2Xixoxj1vH8AGhqtBXXKbqJfzSMgi8zvzE2gl
“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang mempercayai saya, terutamanya ahli keluarga, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan. Tanpa mereka, saya tidak mungkin akan berada di tahap ini,” kata Antony ketika itu.
Kehadirannya ke Manchester United juga menyaksikan dia bersatu semula dengan bekas jurulatih, Erik Ten Hag dan rakan sepasukan, Lisandro Martinez semasa di Ajax.
BACA: Bagaimana Mata Sukan Terjun Dikira? Ini Caranya
Sumber: Sky Sport