Siakap Keli
Dua Wanita Cedera Diserang
Kredit: Bernama

Dua Wanita Cedera Diserang Dalam Tandas Surau

Dua Wanita Cedera Diserang Dalam Tandas Surau

PETALING JAYA, 9 Ogos (Bernama) — Dua wanita cedera dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan pisau di dalam tandas sebuah surau, berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya, di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan susulan kejadian ini,” katanya.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang berumur 20-an dan 50-an telah dihantar ke Hospital Shah Alam.

Sementara itu, seorang daripada ahli jawatankuasa surau berkenaan yang enggan dikenali berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

BACA: Minta Identiti Dirahsiakan, Individu Baik Hati Beli & Sedekah Hot Wheels Kepada Kanak-Kanak

Sumber: Bernama 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.