Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
sedekah hot wheels
Gambar: Muhammad Azhan (Hot Wheels Trade and Sell Group V1.0)
Tiada Kategori

Minta Identiti Dirahsiakan, Individu Baik Hati Beli & Sedekah Hot Wheels Kepada Kanak-Kanak

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Minta Identiti Dirahsiakan, Individu Baik Hati Beli & Sedekah Hot Wheels Kepada Kanak-Kanak

Bersedekah merupakan antara amalan baik yang dituntut agama untuk dilakukan oleh umat Islam.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan bersedekah mempunyai kelebihan dan ganjaran pahala sama ada pemberian dilakukan secara sembunyi-semunyi mahupun secara terang-terangan.

Pemberian secara terbuka mahupun secara sembunyi ini pula tergantung kepada jenis sedekah tersebut.

Sebagai contoh sedekah fardu ataupun sumbangan pembangunan untuk agama lebih baik diberikan secara terbuka untuk memberi galakkan kepada orang ramai.

Sementara itu, sedekah sunat diberikan secara sembunyi kepada fakir miskin yang berhajat tanpa perlu menghebahkan kepada media sosial bagi menutup keadaan aib dan maruah mereka.

Individu baik hati, sedekah Hot Wheels kepada kanak-kanak

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini berkongsi kebaikan seorang individu yang mahu membeli dan bersedekah Hot Wheels kepada kanak-kanak.

Lebih mengharukan, Muhammad Azhan berkata individu berkenaan turut meminta agar identitinya disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Menerusi hantaran di Hot Wheels Trade and Sell Group V1.0, Muhammad Azhan memenuhi amanah tersebut dan menyerahkan Hot Wheels yang dibeli kepada beberapa orang murid sekolah.

“Alhamdullilah rezeki budak-budak hari ini. Ada buyer beli dan nak saya sedekah kepada kanak-kanak.

BACA: Pemain Bola Sepak Bawa Senjata Tajam Ditahan Di Klang Semalam

“Saya cuma laksanakan amanah dia. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan penyumbang. Terima kasih kerana menggembirakan anak-anak murid SK Kg Pulai, Tokai.

“Seronok budak-budak dapat Hot Wheels,” kata Muhammad Azhan.

Melihat gambar-gambar yang dimuat naik oleh Muhammad Azhan, dapat dilihat murid-murid berkenaan tersenyum gembira apabila menerima pemberian yang sangat berharga itu.

Berdasarkan hantaran itu lagi, individu berkenaan membelanjakan kira-kira RM300 untuk membeli Hot Wheels tersebut untuk disedekahkan.

BACA: Poster Papar Menara Petronas Kembar Tiga, Agensi Iklan Mohon Maaf

Semoga sedekah individu tersebut diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi pendorong kepada orang ramai untuk turut sama bersedekah, mengikut kemampuan masing-masing.

Sumber: Muhammad Azhan via Hot Wheels Trade and Sell Group V1.0